Tuesday, March 26, 2019

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM



Luqman al-Hakim merupakan insan istimewa yang disebut oleh Allah SWT menerusi kitabullah, dalam surah Luqman yang berkisar mengenai pelbagai nasihat yang ditujukan buat anaknya.
Beliau adalah seorang hamba abdi berkulit hitam yang berasal dari Afrika, iaitu di negeri Sudan/Habsyah/Nubia (nama tempat yang sama). Sungguhpun begitu, terdapat pelbagai pendapat mengenai asal usul Luqman al-Hakim.
Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat, suka memberikan nasihat dan mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa.
Luqman al-Hakim mendapat gelaran ‘al-Hakim’ dek kerana kebijaksanaan dan butir-butir hikmah yang sentiasa keluar dari tutur katanya. Menariknya, kisah beliau menasihati anaknya turut dimuatkan dalam al-Quran. Apakah antara nasihat beliau kepada anaknya? Berikut dikongsikan; 

Nasihat 1 – Tidak Mempersekutukan Allah
“Dan, ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.”(Surah Luqman ayat 13)

Nasihat 2 – Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa
“Dan, Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”(Surah Luqman ayat 13)

Nasihat 3 – Menolak Ajakan Ibu Bapa Dengan Cara Yang Baik Jika Bertentangan Dengan Syariat
“Dan, jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian, hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”(Surah Luqman ayat 15)

Nasihat 4 – Allah SWT Akan Membalas Setiap Perbuatan Kita Walau Sekecil Zarah
“Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau langit atau bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti.”(Surah Luqman ayat 16)

Nasihat 5 – Melaksanakan Solat, Amar Makruf Nahi Mungkar Dan Sabar Hadapi Ujian
“Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.”(Surah Luqman ayat 17)

Nasihat 6 – Tidak Sombong Dan Angkuh
“Dan, janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”(Surah Luqman ayat 18)

Nasihat 7 – Bersederhana Dan Elokkan Percakapan
“Dan, sederhanakanlah dalam berjalan (tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya, seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”(Surah Luqman ayat 19)
Begitulah 7 nasihat penuh hikmah yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim buat putera kesayangannya. Bertuahnya Luqman, ini kerana namanya diabadikan dalam risalah-Nya dan menjadi tatapan oleh umat Islam sepanjang zaman.
Bahkan, nasihat yang diungkapkan kepada puteranya ini turut menjadi pengajaran dan panduan berguna buat para ibu bapa dalam mendidik anak-anak pada masa kini.
Diharapkan semoga perkongsian yang sedikit ini memberi kebaikan kepada para pembaca seterusnya menerapkan nasihat ini dalam pembentukan diri anak-anak. Moga kita sentiasa dilindungi daripada sebarang kejahatan, serta dianugerahkan maghfirah dan rahmat dari Allah SWT. InsyaAllah. Amin. Wallahua’lam.
“Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik daripada lidah dan hati apabila ia digunakan dengan baik. Dan, tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati apabila digunakan dengan cara yang tidak baik.”(Kata Mutiara Luqman al-Hakim)

Sunday, November 23, 2014

Homestay Damai, Bandar Seberang Perak (Felcra Changkat Lada), Kg Gajah, Perak

Alamat: No 16, Jln Psn 16, Tmn Changkat Lada Raya, 36800 Kg Gajah, Perak.
Jenis Rumah: Semi D tiga bilik tidur
Lokasi: 10 km dari pekan Kg Gajah, 30 minit dari bandar Teluk Intan, 40 minit dari Lumut, Perak.
Sesuai untuk penginapan individu dan keluarga, percutian desa/kampung, rumah tumpangan untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya.
Terletak berhadapan dengan kolam tadahan hujan yang sesuai untuk aktiviti memancing dan berjoging di sekeliling kolam.
Kemudahan: Semua bilik mempunyai alat penghawa dingin, dapur dan kemudahan memasak, garaj kereta, berhampiran dengan kedai makan dan surau.
Untuk tempahan sila hubungi 017-5076314/013-4806160



Tuesday, July 8, 2014

DUKUNG ANAK
Nama Tempatan : Dukung Anak
Nama Saintifik : Phyllanthus Niruri
Nama Lain
: Kelek anak, meniran (Indonesia), Bhuaionla, kiranelligida (India)
Famili : Eurphorbiacea
Pengenalan
Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Berdaun  jenis majmuk bipinat, berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm, terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau. Berbatang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga muncul bersendirian di bawah daun.  Bract (bahagian bawah kelopak bunga) berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga.  Ada dua jenis bunga, ia itu jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang.

Khasiat Dukung Anak

Rupa bentuknya seakan rumpai menyebabkan ramai yang tidak ambil kisah tumbuhan herba ini, apatah lagi mudah diperoleh.




Namun, dukung anak adalah tumbuhan herba yang berguna dalam dunia perubatan khususnya merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis.

Wednesday, June 18, 2014

Lari berpagar


1.0 JENIS PAGAR
1) NATIONAL ALUMINIUM HURDLE
2) POLANIK HURDLE

Tuesday, April 29, 2014

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN



Masa/ Pembaca
Atur cara
Teks

8.25
Hariff

Ketibaan tetamu
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013.

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM SEMINAR KESELAMATAN



Masa/ Pembaca
Atur cara
Teks

8.25


Ketibaan tetamu
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Seminar Keselamatan Bersama PDRM Daerah Perak Tengah.

Sunday, April 27, 2014

TEKS PENGERUSI MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG



TEKS PENGERUSI MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG
Tarikh                    : 19 April 2014
Masa                     : 8.00 – 11.00 mlm
Tempat                                : Best Western Hotel, Marina Island

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR



TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH
Tarikh                    : 23 April 2014
Masa                     : 10.30 pagi
Tempat                                : Dewan Seri Setia, SK Kota Setia

Tuesday, September 24, 2013

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin

 


Buah Tin adalah salah satu buah yang kaya dengan khasiat. Ia adalah antara buah yang ada di sebutkan dalam al-Quran iaitu surah At-Tin pada ayat 95.

Tuesday, September 17, 2013

MEMANCING HARUAN

 

16 Sept 2013 cuti hari Malaysia bersambung pula dengan cuti hujung minggu, mula cadang nak meracun rumput di kebun sawit. Malangnya pam racun pula rosak. Apa lagi layan casting haruan la. Sebenarnya aku baru nak belajar-belajar casting haruan. Hari pertama pergi sekorpun tak dapat. Namun haruan-haruan yang menangkap berhampiran dengan joranku membuatkan aku semakin geram.

Friday, September 6, 2013

Antara air dan minyak

 DR AMINUDIN MANSOR

Air dan minyak kedua-duanya nikmat anugerah ALLAH. Jika tidak diurus dengan betul kedua-dua nikmat ini akan bertukar menjadi bala dan malapetaka yang menyukarkan kehidupan kita seharian.

Friday, August 9, 2013

Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.
Surah al-Maaidah: 3

Saturday, July 6, 2013

10 Persiapan Menghadapi Ramadhan al-Mubarak

1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.

Wednesday, May 1, 2013

Panduan Memilih Pemimpin Menurut Islam



1 Zulhijjah 1431H.
Oleh : Ust. Salman Maskuri

Pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang penting bagi umat Islam kerana mereka akan membawa hala tuju orang yang di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih pemimpin. Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”

Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Saturday, April 6, 2013

Perlukah anda terlibat dengan politik?



Prof Dr Muhaya


Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya, dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

Tuesday, November 6, 2012

KONVOKESYEN PENUH MAKNA


Akhirnya setelah onak dan ranjau kutempuhi, pada tanggal 15 Oktober 2012 aku berjaya juga menggemgam segulung ijazah. Di usia matang ini aku berjaya juga mencapai impian yang terpendam semenjak sekian lama. Semoga kejayaanku ini menjadi peransang kepada anak-anak dan anak-anak muridku belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading.

Sunday, September 2, 2012

GANJARAN PUASA 6



Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda: 
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Thursday, July 26, 2012

MALAM LAILATUL-QADAR


Kubah di Kuala IbaiMalam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Wednesday, July 25, 2012

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam



  


4 Ramadhan 1433H.

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?