Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Raya Lebih Bermakna Selepas 15 Tahun Tak Bertemu


Selepas 15 tahun berpisah, akhirnya bertemu dengan saudara Halim teman serumahku ketika di MPSP. Saya berkesempatan mengunjungi rumah Halim di kampung mertuanya di Hutang Melintang.

Wajahnya masih macam dulu juga, tak banyak berubah, cuma badannya bertambah gempal. Aku dan keluarga tiba di rumahnya petang hari raya ke-5. Memang seronok berborak mengimbau kembali memori ketika bersama di maktab. Halim macam dulu juga tak henti-henti bercakap menceritakan kisah keluarga dan kerjaya.

Sebelum pulang, Halim membawa aku dan keluarga melawat jeti Kg. Kota yang digunakan oleh penduduk setempat menyeberang Sungai Bernam untuk ke pekan Sabak Bernam.

Aku dan keluarga mengucapkan terima kasih atas layanan saudaraHalim dan keluarga kepada kami. Semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi tali persahabatan dan terus terjalin. Jemputlah datang ke tempat kami pula. Kami sedia menanti dengan berbesar hati.

Monday, July 20, 2009

RELAKS : Comel-Comel Belaka

RELAKS : Comel-Comel Belaka

Email Oleh : tok_busu

Alaaaaahai.. ..... Comelnya.... ......... .















































KONGSI : Tenangkan Mata & Fikiran


Email Oleh : tok_busu





















Sunday, July 19, 2009

Perkhemahan Pengakap Keris Emas di Kem Kota


18 hingga 20 Julai 2009 pasukan pengakap sekolah-sekolah daerah Perak Tengah berkhemah di Kem Kota, Layang-layang, Parit, Perak. Termasuklah sekolah SK Seberang Perak.

Perkhemahan kali ini melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah. Guru-guru yang mengiring murid nampak lebih bersemangat menjayakan perkhemahan tersebut. Itulah pengorbanan guru sehingga mesen rumput dan diri khemahpun mereka sangguh buat.

Kalau lalu di Bote, singgalah lihat gelagat anak-anak kita berkhemah.

Bersantai di bandar Taiping

Pada 12 Julai 2009 yang lalu aku berkesempatan jalan-jalan bersantai di bandar Taiping. Nampaknya bandar bersejarah ini sudah semakin pesat membangun. Kalau nak merasa naik itik datanglah ke Taman Tasik Taiping. Bot juga ada disediakan. Harganya berpatutan cuma RM10 untuk 2 orang, boleh naik selama 30 minit. Teman tak mahu lepas peluang cuba juga.

Jangan lupa beli makanan ikan yang ada dijual di kaunter. Taburkan makanan ikan ke dalam tasik ketika berada di tengah tasik. Anda akan dapat saksikan berbagai-bagai jenis ikan yang timbul merebut makanan tersebut. Paling banyak ikan talipialah. Tenang dapat menyaksikan ikan ditengah-tengah tasik.

Kalau bernasib baik dapat juga menjamu mata melihat gelagat pasangan-pasangan remaja berasmara di dalam itik di tengah-tengah tasik. Yang tak tahannya melihat gelagat situa bermadu kasih.............., malu tengok dek ikan-ikan.

Sebelum balik singgahlah di Bazar Melayu. Belilah pakaian apa yang patut sebagai buah tangan. Di bazar ini semua peniaga Melayu. Siapa lagi nak tolong orang Melayu kalau bukan kita.


Tuesday, July 7, 2009

Taman Paya Bakau Sri Manjung Tempat Bersantai Waktu Petang

SRI MANJUNG - 5 Julai 2009,
selepas balik dari menjenguk Along
di asrama kami sekeluarga terus ke
Sri Manjung dan singgah di Taman Paya Bakau di tepi Sg. Dinding.
Tempatnya memang menarik, apatah lagi dengan kemudahan
yang dibaik pulih oleh pihak berkuasa. Memang sesuai untuk mengambil angin dan bersantai di petang hari. Memang ramai keluarga yang datang bersantai di situ, terutama waktu petang.








Suasana di taman itu memang menarik dengan laluan pejalan kaki berbentuk jambatan yang dibina di celah-celah pokok-pokok bakau. Terdapat bangku-bangku yang disedikan di setiap perhentian uantuk pengunjung berhenti rehat. Sambil bersantai dapat melihat aksi monyet kejar-mengejar dan terjun ke dalam air di bawah pokok bakau. Kalau bernasib baik dapat tengok aksi 18sx, tanpa segan silu. Ini yang teman tak tahan ni. Janganlah buat maksiat di tempat awam macam kat taman ini malu tengok oleh anak-anak kecil.

Satu lagi sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata-rata, walaupun terdapat tong sampah yang disediakan. Buruk perangai lagi, teman tengok tutup tong sampah pun mereka buang ke bawah jambatan yang dibina. Perangai monyet-monyet yang ada di taman itu lebih elok daripada perangai manusia yang sedemikian.




Jambatan gantung yang dibina memberi pengalaman kepada pengunjung melalui jambatan tersebut kira-kirasepanjang 50 meter. Dari atas jambatan gantung ini kita dapat melihat pemandangan menarik hutan paya bakau di sekitar taman tersebut. Terdapat sebatang anak sungai yang mengalir di tengah-tengah hutam paya bakau tersebut.