Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Ibu sejahtera, Malaysia berjaya


24 Jamadil Awal 1431H.
Wanita Pakatan Rakyat

Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk masyarakat dan negara. Ibu berperanan besar dalam menentukan corak dan kehidupan generasi mendatang kerana kebiasaannya ibulah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya juga berperanan dalam membentuk masa depan masyarakat dan negara.

Persekitaran yang mendorong pembentukan ibu-ibu yang sejahtera merupakan asas kepada sesebuah keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.

Kegagalan prasarana yang asas itu akan mengakibatkan berbagai negativiti sosial yang merugikan sesebuah negara bukan sahaja dari perspektif sosial tetapi juga ekonomi, kewangan, dan segala aspek pembangunan negara yang berdaya tahan (sustainable development).

Kegagalan membentuk ibu-ibu yang sejahtera akan melahirkan juga generasi yang bermasalah dan merugikan masyarakat dan negara.

Peranan ibu hanya merupakan separuh dari tanggungjawab sepenuhnya terhadap menentukan pembangunan anak-anak, keluarga, masyarakat serta negara. Separuhnya lagi adalah rakan kongsi ibu, iaitu bapa.

Keduanya harus diingati di hari ini sebagai gandingan yang tidak boleh dipisahkan dalam mencapai sebarang agenda pembangunan masyarakat dan negara.

Kedudukan dan peranan keduanya setakat ini hanya di lihat dalam soal mengawal tabiat dan kelakuan anak-anak supaya tidak mengganggu sesuatu acara atau majlis atau memastikan anak-anak mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik atau tidak menambah kepada statistik penagihan dadah, gejala lepak, rempitan, dan yang terkini supaya memastikan anak-anak tidak ditembak oleh polis dengan sengaja atau seumpamnya.

Peranan ibu dan bapa tidak diiktiraf secara rasmi dalam bajet negara dan rancangan-rancangan Malaysia, di mana kedua dokumen itu hanya memperakui sektor yang formal yang mempunyai sumbangan RM terhadap pembangunan dan ekonomi negara.

Para ibu dan bapa kini mengharapkan suatu dasar negara yang boleh menyelamatkan kehidupan kekeluargaan, yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak, aset negara yang paling berharga.

Dalam suatu kajian di Amerika, nilai ekonomi penjagaan anak-anak sahaja ialah hampir RM30 bilion, tidak termasuk hal-hal pengurusan rumahtangga yang lain. Dalam ukuran GDP keseluruhan nilai dikatakan melebihi 50% GDP. Fakta tersebut tidak disebut dalam mana-mana dokumen penting kerajaan berkenaan. Sustainable development dan keutuhan sesuatu bangsa dan negara itu adalah bergantung kepada sektor informal yang didokong oleh para ibu khususnya.

Di Hari Ibu tahun 2010 ini, para pemimpin, khususnya dari kalangan Menteri dan ahli-ahli politik diseru untuk menghentikan selaran terhadap ibu dan bapa dalam melaksanakan tugasan mereka mendidik anak-anak kerana sebenarnya kerajaan yang diamanahkan untuk mengatur kehidupan warga Malaysia telah gagal mewujudkan prasarana, persekitaraan dan jentera kerajaan yang bersepadu (integrated) bagi menjamin kehidupan kekeluargaan yang selamat dan sejahtera, mampu menjana dan menghasilkan warga masa depan yang berhemah, bijaksana, amanah, memiliki jati diri yang jitu, berprinsip, berketrampilan, berperi kemanusiaan dan saling bantu-membantu dan berkasih sayang demi kemaslahatan sesama insan dan juga mampu membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang boleh menjadi contoh kepada dunia.

Pengukuhan dan kemantapan kehidupan sosial, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia bergantung kepada sejauh mana kerajaan berjaya melaksanakan tuntutan mewujudkan persekitaran dan prasarana yang bersesuaian bagi para ibu agar mereka mampu melaksanakan tugasan mereka di dalam dan di luar rumah serta memberi sumbangan terbaik kepada seluruh aspek pembangunan fizikal, spiritual, intelektual dan ekonomi negara.

Ibu sejahtera, Malaysia berjaya.

Untuk semua ibu tersayang, Selamat meyambut Hari Ibu 2010.

--Cina Islam

Thursday, April 22, 2010

Ancaman 'kepupusan' buku

Dalam dunia perbukuan, tanggal 23 April amat bermakna buat penerbit, penulis dan juga pencinta buku.

Ketika komputer dan Internet merevolusi kaedah pencarian maklumat dan ilmu, buku kekal di sanubari ramai sebagai penyampai khazanah ilmu dan penghibur.

Setiap tahun pada tarikh ini, Hari Buku disambut dengan pelbagai aturcara di seluruh dunia, dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga tidak ketinggalan meraikannya esok.

Selain Program 'Mari Membaca 1Malaysia' dan Jualan Buku dari 23 April hingga 25 April di perkarangan PNM, Forum Hak Cipta turut dianjurkan untuk mengingatkan orang ramai akan pentingnya menghormati hak milik karya-karya.

Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar berkata PNM akan sentiasa menyokong usaha meningkatkan dunia perbukuan negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai gedung ilmu kepada masyarakat.

Sungguhpun jumlah keahlian keseluruhan daripada 2,429 buah perpustakaan yang ada di negara ini mencecah hampir lapan juta orang sehingga hujung tahun lepas, beliau berpendapat kadar membaca buku dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah.

"Kempen galakan membaca masih harus diteruskan agar ilmu pengetahuan rakyat tidak ketinggalan zaman dan dunia perbukuan terus berkembang," kata beliau kepada Bernama.

Buku tidak akan 'pupus'

Tetapi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak mengubah cara menimba ilmu dan buku semakin dipinggirkan.

Mengakui komputer dan Internet banyak mengubah kaedah pencarian maklumat dan ilmu, Raslin berpendapat ilmu yang mantap masih diakui dalam bentuk buku.

Dunia buku dalam bentuk cetakan atas kertas juga masih bertahan meskipun pernah diramalkan akan 'pupus'.

"Budaya membaca buku perlulah diseimbangkan dengan penggunaan ICT. Lonjakan penggunaan ICT pada hari ini membawa saingan kepada buku. Maka, kempen-kempen membaca buku perlu dilaksanakan berterusan untuk menarik minat umum terhadap budaya membaca," ulas beliau.

Menurut Raslin, Malaysia masih memerlukan penerbitan buku memandangkan jumlah penerbitan buku masih kecil dibandingkan jumlah penduduk negara ini. Maka usaha memperbanyak penerbitan buku masih diperlukan.

Beliau mengulas mengenai teknik penerbitan melalui teknologi komputer yang sentiasa berkembang pesat tetapi cepat pula ketinggalan zaman, serta mahal.

"Kerana itulah buku dalam cetakan pada kertas masih bertahan meskipun di negara-negara maju seperti Amerika, Eropah dan Jepun.

"Ia lebih murah, senang dibawa dan senang dibaca berbanding mengakses bahan bacaan di Internet yang memerlukan pelbagai peralatan seperti komputer/komputer riba, sambungan jalur lebar dan lokasi yang bersesuaian. Malah, tidak semua mampu memiliki kemudahan ini," jelasnya.

Penggalakkan penerbit

Usaha penerbitan buku harus diperbanyak agar perpustakaan di seluruh negara dapat memenuhi rak-rak dengan buku-buku yang memberikan ilmu kepada para pembaca.

Dalam usaha memperbanyak penerbitan buku yang berkualiti dari segi kandungan dan bentuknya, beliau berharap persatuan-persatuan penulis dapat menghasilkan buku-buku berkenaan yang berbentuk ilmiah.

Beliau turut menyarankan para penulis bekerjasama dengan penerbit-penerbit mapan yang menguasai teknologi penerbitan dan teknik pemasaran yang mantap.

"Bagi menyemarakkan dunia penerbitan, paling utama kita menggalakkan penerbitan buku Bahasa Melayu yang kini menampakkan kehadirannya di rangkaian kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.

Malah permintaan terhadap buku-buku dalam Bahasa Melayu di negara ini juga bertambah, iaitu buku-buku umum keperluan di luar sekolah.

"Untuk menjadi negara maju, rakyatnya harus berilmu dan sentiasa mencari bahan bacaan yang boleh meningkatkan pengetahuan.

"Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April ini, kita berharap kegiatan penerbitan buku akan berterusan. Kita memerlukan buku-buku yang memberi ilmu, yang luas pemasarannya dan mampu dibeli oleh orang ramai," sambung beliau.

Selain itu, beliau mengharapkan masyarakat umum terutamanya generasi muda terus digalakkan membaca.

Ia sebagai usaha mendapatkan ilmu melalui pendidikan sepanjang hayat yang menjadi satu daripada lapan nilai dalam Gagasan 1Malaysia.

Royalti untuk penulis bahasa Melayu

Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar yang mewakili Gabungan Penulis Nasional (Gapena) turut berpendapat, umumnya ramai rakyat Malaysia yang masih tidak sedar tentang kewujudan Hari Buku.

Menurut beliau, ia tidak disedari berikutan minat membaca yang kurang dan bilangan yang berkunjung ke perpustakaan untuk membaca buku ilmiah juga tidak ramai.

"Selain pembaca yang kurang, apa yang saya perhatikan, jualan buku ilmiah memang agak perlahan. Kalau dapat terjual 2,000 naskhah itu sudah hebat. Contoh lain ialah jualan majalah-majalah ilmiah seperti majalah terbitan DBP, jika dulu, jualannya tinggi dan mendapat sambutan.

"Sekarang kita lihat walaupun golongan cerdik pandai makin bertambah, tetapi jualan buku dan majalah sebegini kian menurun," ulasnya sambil mengakui kewujudan kemudahan ICT juga ialah sntara faktornya.

Bagi Prof Abdul Latif, jumlah pengunjung ataupun keahlian perpustakaan yang ramai masih tidak dapat meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Jika pun ada, ramai yang lebih gemar memilih karya-karya berbentuk pop dan novel remaja.

Sebagai pensyarah di Institut Pengajian Tinggi, beliau turut melihat kurangnya minat membaca dan membeli buku dalam kalangan penuntut.

Beliau turut mencadangkan kerajaan menyediakan insentif kepada penulis buku ilmiah berbahasa Melayu dengan cara pemberian subsidi royalti yang tinggi agar boleh bersaing dengan penerbitan buku ilmiah berbahasa Inggeris.

Dalam kalangan penuntut IPT pula, Dr Abdul Latif menggalakkan kempen kesedaran mengenai Hak Cipta harta intelek secara berterusan dipertingkat agar golongan ini memahami dan menghormati karya penulis tanah air.

Sambutan perpustakaan

Pada hari yang sama, beberapa perpustakaan awam lain turut menganjurkan sambutan serupa.

Di Kangar misalnya, sambutan Hari Buku dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dari 21-27 April. Ia turut diadakan bersempena dengan 10 tahun pemerintahan Raja Perlis dan majlis pelancaran disempurnakan baginda.

Menurut Pengarahnya, Norma Mohd Darus tahun ini ialah tahun ketiga sambutan itu diadakan. Paling mendapat sambutan ialah pendaftaran ahli percuma serta hari bebas denda.

"Pada hari itu, para peminjam yang terlewat memulangkan buku tidak akan dikenakan bayaran denda.

"Perpustakaan Negeri juga mengadakan Program Mari Membaca Bersama untuk kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Selain itu, beberapa perpustakaan pekan dan desa turut mengadakan sambutan yang sama," jelas Norma.

Menurutnya sambutan Hari Buku sejak tiga tahun lalu meningkatkan jumlah pengunjung manakala ahli perpustakaan meningkat hingga 82,000 orang di seluruh Perlis.

Selain Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis, Jabatan Pengurusan Maklumat, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam (PTAR) juga mengadakan sambutan yang sama dengan objektif membudayakan minat membaca dalam kalangan penuntutnya.

Dalam menangani isu Hak Cipta, PTAR mengadakan taklimat dan sesi perkongsian maklumat berkaitan isu hak cipta dan gejala plagiat kepada pelajar semasa Taklimat Orientasi Pelajar baru dan Kelas Kemahiran Maklumat.

Ia dilaksanakan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada pengguna PTAR untuk menghargai buku dan karya penulis.

Sambutan Hari Buku penting kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti keilmuan yang sangat berguna dalam membentuk generasi berilmu.

- Bernama

Wednesday, November 18, 2009

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Email : KAMARUL SADILA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. ..

Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah

APA yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-

Winner’s percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. .

12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..

18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

selamat maju jaya……..semoga anak anda menjadi seorang anak yang soleh……
amin

--Cina Islam

Tuesday, November 10, 2009

Suhu Yang Meningkat Tidak Halang Pelawat Ke Cameron Highlands






CAMERON HIGHLANDS, -Mencatat kedatangan pelancong yang menggalakkan meskipun suhunya meningkat dua darjah Celsius sejak 10 tahun lepas.

Ramai yang mengutarakan bahawa Cameron Highlands tidak lagi sesejuk dahulu tetapi daerah yang terkenal sebagai destinasi percutian dan kebun ini menerima kunjungan 692,746 pelancong pada 2008 berbanding 298,284 orang pada 2005.

Pengarah Pelancongan Malaysia Pahang Amran Ariffin berkata, suhu antara 18 hingga 24 darjah Celsius pada masa sekarang di daerah tanah tinggi ini tidak mematahkan hasrat pelawat dengan 282,693 orang berkunjung dari Januari hingga Jun 2009.

Terletak 1,524 meter dari paras laut, tanah tinggi ini boleh dijejaki setelah memandu empat jam dari Kuala Lumpur menerusi Tapah, di Perak.

Selain udara sejuk yang nyaman, bangunan kolonial British dan pemandangan yang menghijau menawarkan panorama yang menarik di samping penduduknya yang bersifat ramah mesra.

TEROWONG MASA

Pelawat yang berkunjung ke Cameron Highlands mungkin biasa dengan tanah tinggi ini yang mempunyai pelbagai tarikan antaranya ladang teh, ladang strawberi, taman rama-rama, kebun sayur, kedai membeli-belah, kuil dan alam semulajadi di sekitarnya.

Bagaimanapun, tidak ramai yang biasa dengan "Terowong Masa" ataupun lebih dikenali sebagai Galeria Time Tunnel yang mempamerkan koleksi barangan lama dan terletak di lokasi strategik di Jalan Sungai Burung, Brinchang.

Galeri persendirian ini mula beroperasi pada Januari 2007, dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang kepada pelawat, dan menempatkan lebih 1,000 jenis barangan dengan maklumat sejarah pembangunan Cameron Highlands sejak dari awal lagi dibingkaikan.

Selain daripada rakaman gambar-gambar pembinaan di sekitar Cameron Highlands, barangan antik berusia lebih 100 tahun yang pernah digunakan oleh pengunjung pada suatu masa dahulu juga menjadi bahan pameran.

Antaranya produk pengiklanan meliputi barangan dengan pembungkusan lama, papan tanda lama, dulang, botol minuman, cermin, basikal, motor dan terdapat juga beberapa sudut yang dibentuk seperti kedai salun lama yang dilengkapi barang-barang era 1910-an, dapur masak dengan peralatan masak antik, bilik tidur dan pastinya akan membuatkan pengunjung mengimbas kisah-kisah silam.

Berkongsi premis dengan kedai strawberi yang membolehkan pengunjung memetik sendiri buah berwarna merah itu, Galeria Time Tunnel dimiliki oleh See Kok Shan, 46, yang bertindak selaku kuratornya.

MILIK PERSENDIRIAN

Menurut See, hobi mengumpul barang-barang lama itu bermula sejak sedekad lalu dan ia sekadar untuk kepuasan sendiri.

"Mengikut rancangan asal, saya ingin membuka sebuah kafe antik bagi membolehkan semua barang ini dipamerkan. Malangnya, saya gagal mencari lokasi yang sesuai.Setelah berjumpa dengan seorang kawan, kami bersetuju untuk membuka sebuah galeri di Cameron Highlands," jelas anak kelahiran Ipoh, Perak yang membesar di tanah tinggi itu.

Sesuai dengan namanya, Galeria Time Tunnel seluas 7,000 kaki persegi itu terletak di dalam terowong yang sebenarnya berada di bahagian bawah tanah kedai menjual strawberi.

Menurut See selain koleksi barangan antik tersendiri, beliau juga mengumpul bahan pameran daripada kedai-kedai yang menjual barangan terpakai, pasar lambak, kedai antik, orang perseorangan dari seluruh negara dan Singapura.

Sebagai perancangan masa depan, See juga ingin meluaskan galeri itu kepada 50 kaki lagi, dan ingin menghasilkan klip video untuk menerangkan kepada pengunjung tentang galeri dan sejarah Cameron Highlands, selain mewujudkan "seksyen perang" yang merangkumi pendudukan tentera Jepun dan Perang Dunia Kedua.

LADANG PENANAMAN TEH 'BOH'

Pelawat ke Cameron Highlands sudah pasti tidak terlepas pandang ladang-ladang teh yang terbentang luas sehingga mewujudkan lanskap alam yang indah mata memandang. Apatah lagi lawatan ke tanah tinggi ini tidak lengkap, sekiranya tidak melawat Ladang Boh Sungei Palas yang merupakan perkebunan teh pertama dan tertua di Malaysia.

Kilang teh yang mula beroperasi pada 1935, terletak pada ketinggian 1,505 meter dengan keluasan 234 hektar itu dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Di sini pelancong disajikan dengan cara pemprosesan teh sebelum dipasarkan.

Kini Boh Plantations Sdn Bhd mempunyai empat ladang teh dengan keluasan 1,200 hektar. Ladang di kawasan tanah tinggi adalah Boh, Fairlie dan Sungei Palas manakala ladang teh yang terletak di kawasan tanah rendah adalah di Bukit Cheeding.

Secara keseluruhan, hasil pengeluaran teh dari keempat-empat ladang tersebut adalah sebanyak empat juta kilogram setiap tahun.

MOSSY FOREST

Sementara itu bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan dari puncak tertinggi, Gunung Irau yang mempunyai ketinggian 2032 meter dari paras laut, terletak di utara pekan Brinchang, Cameron Highlands merupakan destinasi paling sesuai.

Gunung Irau atau lebih dikenali sebagai "Mossy Forest" merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling unik kerana ia penuh berlumut dari lantai trek ke puncak pokok.

Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan antara 13-17 darjah Celcius dan pemandangan di sekitar hutan ini umpama sedang berada dalam Fangorn Forest dalam filem "Lord of The Rings".

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Taman Agroteknologi di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Cameron Highlands, terletak 1,400 meter dari paras laut.

Taman yang pada mulanya ditubuhkan oleh British pada 1925 telah diserahkan kepada MARDI pada 1971 dan dirasmikan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 14 Jun 2003.

Taman seluas 42 hektar itu dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu Taman Inggeris (English Garden), Taman Herba, Taman Orkid, Taman Ros, Pusat Penyelidikan, taman sayur-sayuran, Pusat Maklumat Pelawat dan lain-lain lagi.

Kini terdapat juga taman pokok buah pir, epal dan anggur yang ditanam khas untuk tujuan penyelidikan dan tatapan pengunjung.

Di Taman Inggeris atau English Garden pula terdapat dua rumah kotej British yang dilengkapi segala kelengkapan untuk disewakan kepada para pelancong.

Sementara itu lebih 50 jenis herba tempatan dan luar negara ditanam di Taman Herba untuk tujuan penyelidikan dan pameran kepada pelancong yang bertandang.

Manakala Pusat Penyelidikan MARDI pula memiliki "rumah hijau" yang ditanam pelbagai jenis sayur dan bunga.

Pusat penyelidikan ini juga berfungsi sebagai pusat kajian hasil pertanian dan melindungi tanaman dijangkiti penyakit dan diserang serangga perosak, serta mengkaji teknik pengurusan tanaman baru.

Taman Agroteknologi MARDI dibuka untuk kunjungan pelawat dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad dengan mengenakan bayaran RM1.50 bagi pelajar dan RM3 bagi dewasa.

-- BERNAMA

Sunday, September 6, 2009

Denmark akan bakar Quran

From: Affendi Abdullah draffendi52@yahoo.co.uk


Carefour enggan memboikot barangan Israeli/American/ Denmark . KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi menyelamatkan kerugian mereka.

Boikot barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja !!!!! Denmark mahu membakar kitab suci al-Quran pada Sabtu akan datang di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark ), sebagai reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam keatas barangan mereka.

Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka , menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita ini kepada mereka yang anda kenal.

Denmark semakin terdesak

Sila panjangkan berita ini. Assalaamu 'Alaikum, Berita gempar, harap anda semua tahu tentang akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW dan hingga kini mereka tidak menyesalinya..Marilah kita jadikan mereka menyesalinya.

Duta Besar Denmark. Perdana Menteri dan Denmark National Channel; kesemua mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan ummat Islam sejak bulan lepas , dimana mereka telah mengalami kerugian hingga 4 billion Euro. Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7 bulan atau lebih lagi , kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion Euro.

Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan. Ingatlah ; Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat kelak : Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda-sendakan aku? Bagaimana anda mempertahankan saya?

Minuman 7-up , LEGO, cokolat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57 . Tolong yakinkan semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara Denmark."
--Cina Islam

Tuesday, August 25, 2009

Mekah dan kelebihannya


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Arafah adalah antara tempat yang mustajab untuk umat Islam yang mengerjakan haji berdoa.

Firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 96 yang bermaksud: Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia..

Berkenaan dengan nama Bakkah itu sendiri ada dua pendapat:

l Diambil daripada kesibukan kerana sibuk orang ramai ketika tawaf.

Dinamakan Bakkah kerana tempat tersebut telah menundukkan leher-leher orang yang takbur apabila mereka melakukan dengan kezaliman pasti dibalas dengan segera.

Nama-nama Mekah

Uniknya kota suci Mekah mempunyai banyak nama sebagai lambang kemuliaannya. Justeru, Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: "Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya.

"Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain daripada Mekah dan Madinah, kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi. Disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya" .

Suka dinyatakan di sini beberapa nama bagi kota Mekah yang masyhur. Antaranya:

i. Mekah. Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kerana Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurangkan atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah, atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.

Dikatakan kerana Mekah menarik ramai manusia datang kepadanya, juga kerana sedikit air yang terdapat padanya.

ii. Bakkah. Bakkah ertinya memecah, mencarik atau menunduk seperti yang telah dinyatakan di atas.

iii. Ummu al-Qura. Penamaan Ummu al-Qura membawa maksud ibu kampung atau kota kerana tempat tumpuan manusia. Di samping menjadi kiblat dan terdapatnya Kaabah al-Musyarrafah sejak sekian lama.

iv. Al-Balad dan Al-Baldah.. Al-Balad membawa maksud negeri iaitu kota Mekah itu sendiri.

v. Al-Baladu al-Amin. Ia bermaksud negeri yang aman. Mereka yang masuk pasti mendapat keamanan. Al-Maraghi berkata: "Mekah yang dimuliakan Allah dengan adanya Kaabah".

vi. Haraman Amina. Maksudnya ialah Tanam Haram yang aman. Ini terbukti, kota Mekah sememangnya telah menjadi negeri yang aman sejak dahulu lagi.

vii. Al-Qaryah. Maksudnya ialah negeri atau kampung. Negeri yang dimaksudkan ialah Mekah.

Sheikh Badruddin al-Zarkashi Rahimahullah menyebut sebanyak 30 nama bagi kota Mekah. Jelas di sini menunjukkan betapa prihatinnya ulama berkenaan dengan kelebihan dan keistimewaan kota Mekah.

Fadilat Mekah dan keistimewaannya

Mekah mempunyai banyak keistimewaan dan fadilatnya.

Pertama: Dajjal tidak boleh memasuki kota Mekah. Ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari.

Kedua: Tawaf mempunyai banyak kelebihan dengan dihapuskan segala kesalahan dengan diberi kebajikan seperti riwayat al-Tirmidzi. Begitu juga, orang yang tawaf dan solat serta memandang Kaabah mendapat banyak rahmat.

Ketiga: Kelebihan solat di Masjid al-Haram setara dengan seratus ribu di masjid yang lain seperti riwayat Ahmad.

Keempat: Mekah merupakan sebaik-baik tempat di muka bumi berdasarkan hadis riwayat al-Tirmidzi.

Kelima: Terdapat banyak tempat yang mustajab doa di Mekah seperti di belakang maqam Ibrahim, di antara dua rukun Hajar al-Aswad dan Yamani, dalam Hijr Ismail, Arafah, Mina, Mudzlifah dan banyak lagi.

Keenam: Air zamzam yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat menyembuhkan penyakit serta ditunaikan hajat dengan izin Allah SWT. Dan lain-lain lagi.

Penutup

Mekah mempunyai seribu satu macam kelebihan, keistimewaan dan keberkatan. Justeru, bagi yang menjadi dhuyuf al-rahmah (tetamu Allah) hendaklah mengambil kesempatan ketika berada di kota Mekah untuk mempelbagaikan aktiviti ibadat kepada Allah SWT. Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.
--Cina Islam

Sunday, August 23, 2009

CINTA IBARAT PENUNGGU BAS

Tahu tak...?!!!

Oleh : mohd naim mohd zain

Tahu tak...?!!! cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya. ..xde tempat duduk."Jadik, awak katakan pd diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tuggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sangat...mesti x selesa. Dan maybe bas ni akan rosak kat tengah jalan. "Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang utk tunggu bas yg seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.. Bas yg datang tu kosong, x penuh dan x seburuk bas yg tadi tp kali ni awak kata, "Emmm....xde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.

"Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu x sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang utk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yg berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu x akan rosak di tengah jalan atau maybe bas tu x terlalu sejuk utk awak? Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang x salah.

Tapi, x salah juga kalu anda sanggup memberi satu peluang pd org lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu x sesuai dgn awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun drpd bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tp pemandu bas tu pulak buat x faham dan pura-pura buat x nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha....

Bila ada bas yg lalu melintasi saya macam tu, apa yg perlu dilakukan adalah BERJALAN!! Bodoh sebenarnya utk mengejar bas tu sebab setiap kali awak mengejar, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pd diri awk. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri drpd cinta
--Cina Islam

Tuesday, August 18, 2009

Telor: Bersih.....? Suci...........?

Kisah Telor

Oleh : Zamri Keciks


Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu SubangDepa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Ustaz Asraf b. Che Nor
Pemb. Hal Ehwal Islam

--Cina Islam

Thursday, August 13, 2009

Asri Rabbani 'pergi tak kembali'

Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).

Monday, August 10, 2009

Hati seorang Istri


By: agussyafii

'Suami saya terlihat putus asa ketika serangan jantung itu datang, saya mau ninggalin takut terjadi apa-apa. tidak mungkin saya meninggalkannya sendirian di rumah sementara anak-anak sekolah. Bukankah ibadah seorang istri adalah menjaga suami ketika sakit?' katanya. Seorang ibu yang meyakini bahwa hidupnya adalah pengabdian untuk keluarga.


Itulah gambaran hati seorang istri, dengan setulus hati rela menjaga dan merawat bukan ketika ditengah berlimpahnya harta tetapi justru disaat suaminya sedang sakit keras dan kondisi ekonomi ditengah kesulitan.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana tegarnya beliau, disaat suaminya terkulai lemah dan terjatuh diatas pangkuannya. Memakaikan baju dan membacakan kalimah tayyibah sepanjang hari. Beberapa hari kemudian saya menyaksikan suaminya sudah bisa memakai baju dan mau makan. 'Saya bersyukur dengan cobaan ini membuat sholat saya menjadi lebih khusyu.' ucapnya. 'Bila diingat saya masih terasa sakit hati, sewaktu bapak meninggalkan saya. Tapi saya sebagai istri tetap memiliki kewajiban untuk tetap berbakti kepada suami apapun yang pernah dilakukan dimasa lalu.' lanjutnya.

Alasan yang utama baginya ingin mengajarkan kepada anak-anak arti pentingnya sebuah kesetiaan dan menjaga komitmen terhadap pasangan hidup adalah ibadah. Setelah suaminya sembuh, sang ibu bertandang ke Rumah Amalia. Ucapannya saya masih teringat dengan jelas, 'Berbagai ujian itu hanya datang dari Allah SWT. berbagai peristiwa menguji kesabaran kami, saya, anak-anak dan juga suami. Apakah kami sanggup untuk berpegang teguh dalam pendirian, hidupku, matiku dan ibadahku hanya untuk Allah semata?'

---
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetapkanlah waspada dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. (Qs. ali Imran[3]:200) .

Wassalam,
agussyafii

--Cina Islam

Di mana gula???


Oleh : Shania Opal

Semalam seorang teman menelepon aku menyatakan di tempat beliau, sukar untuk mendapatkan bekalan gula iaitu di kedai runcit dan pasaraya mini, pagi ni aku pun pergi ketempat yang berkenaan,memang betul peniaga mengatakan tiada gula, kemudian aku pun pergi kesebuah pasaraya mini dan menanyakan kepada pekerja, disitu, pekerja-pekerja di situ mengata kehabisan gula, kebetulan sewaktu aku hendak keluar aku terserempak dengan taukeh pasa-raya itu yang aku kenali, aku menanyak pada apek itu " uncle! i mahu beli gula, lalu uncle itu menjawab, berapa u mahu?...

Disini jelas menunjukan bahawa mereka hanya menjual pada yang dikenali, sekarang jelas peniaga di sini telah berpakat menyorokan bekalan gula. Yang pasti harga gula akan naik lagi dan setiap kali perayaan akan menjelang pasti ada barang yang naik, aku dapati harga telur pun dah naik, kemanakah perginya pemantau barangan yang telah di tubuhkan dulu, nampaknya juga bermusim seperti empat musim juga. Kita sekarang ni terlalu sebok dengan perkara-perkara yang lain seperti terlalu fokus pada dunia politik yang sering berte-lingkah, tapi lupa atau terlepaskan pandang pada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutama keperluan asasi. Rakyat yang hidup susah
dan miskin terlalu terasa dengan kenaikan barang-barang keperluan harian, tapi bagi pemimpin-pemimpin apa mereka peduli tiada beri kesan apa-apa pun.

Dalam negara yang mempunyai pemerintah yang baik, kemiskinan adalah sesuatu yang memalukan. Dalam negara yang mempunyai pemerintah yang buruk, kekekayaan adalah sesuatu yang memalukan.

Friday, August 7, 2009

Ini baru betul pokok bunga

Penang cherry blossom

Email Oleh : Zamri Keciks

Sharing.. Spring in Penang…
Location : Opposite Pisa, Penang



























Monday, August 3, 2009

Rahsia Tapak Tangan lelaki


Oleh : JiWa KaCaU

Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.

Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.

Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu.

Thursday, July 23, 2009

Peluang Memandu Jet Pejuang F-16

Jet Pejuang F-16

Oleh : tok_busu

Ada sahabat2 yang ingin merasai memandu jet pejuang.....
Boleh mohon dan pilih jet pejuang mana yang ingin di pandu.
Promosi terhad sehingga 31 Ogos 2009, sebagai memperingati hari kemerdekaan Negara.









Sunday, July 19, 2009

Selamat Pengantin Baru Fizah dan Pasangan

Sabtu, 19 Julai 2009 - Menghadiri jemputan perkahwinan rakan satu tempat kerja yang juga bekas anak murid aku. Dah kahwin kamu Fizah. Terasa diri ini dah tua. Hati rasa muda lagi.

Majlis kendurinya sangat meriah. Ramai tetamu yang hadir, termasuklah rakan-rakan sekerja dan sanak saudara. Kepada kawan-kawan yang lain minta maaflah tak sempat nak ambil gambar, orang ramai sangat terpaksa beratur panjang nak senduk nasi dan lauk. Apa pun Semoga Fizah dan pasangannya hiduh bahagia selamanya. Cepat-cepat timang cahaya mata, boleh kami makan kenduri lagi....kah kah kah