Sunday, July 12, 2009

Asal Usul Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Mekong

Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.



Yunnan

Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.

Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.

Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:

* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.

Teks Melayu Tertua

Teks Melayu Tua
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.

Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.

Persamaan Bahasa Cham dan Melayu
Klik untuk gambar besar.






Wanita Yunnan

Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu.

Amalan Memudahkan Bersalin

Tok Cepai

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/ melahirkan anak, insya-Allah.

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Wallahu a'lam.

-- Cina Islam

Ayat Kursi cegah godaan syaitan

Email dari HJ Ibrahim Pulau Tige



AYAT Kursi diturunkan setelah hijrah. Ketika ayat ini diturunkan, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Nabi Muhammad saw segera memerintahkan Zaid Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardu, pagi dan petang, keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya-Allah akan terpelihara dirinya daripada godaan syaitan, kejahatan manusia dan binatang buas yang akan memudaratkan.

Ia bukan saja melindungi dirinya sendiri, bahkan keluarga, anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah.

Mengikut keterangan kitab ‘Asraarul Mufidah’, sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmah. Begitu juga dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh hingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara dia daripada segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insya-Allah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Fadilat ayat Al-Kursi mengikut hadis, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda Baginda lagi: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah seperti Dia memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pada akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.

Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Friday, July 10, 2009

Teknik Menulis Pantun dan Bahasa Berirama - Cina Islam

Email Oleh : studioperintis@perintis.com.my

Pantun dan bahasa berirama sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam apa-apa jua majlis. Pada zaman dahulu, pantun dan bahasa berirama dituturkan oleh masyarakat Melayu pada setiap masa tidak kira di mana-mana sahaja. Bahasanya yang indah, lembut dan tersusun menyebabkan masyarakat menggemarinya. Sememangnya, pantun dan bahasa berirama merupakan unsur keindahan bahasa yang amat sesuai digunakan dalam apa-apa jua teks. Penggunaan pantun dan bahasa berirama dalam teks pengacara majlis sudah tentu dapat menarik perhatian dan tumpuan hadirin agar terus bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan jayanya. Oleh itu, di sini diberikan sedikit panduan tentang teknik mencipta pantun dan bahasa berirama agar teks pengacara yang dihasilkan tidak terlalu sterotaip dan hambar.

Mencipta Pantun

Pantun ialah puisi berirama yang berangkap. Pantun boleh dibahagikan kepada pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan berkait. Dalam penulisan teks pengacara majlis, pantun yang kerap digunakan ialah pantun empat kerat. Hal ini kerana pantun empat kerat lebih mudah untuk dicipta. Sebelum mencipta pantun, kita harus mengetahui dengan jelas ciri-ciri pantun. Yang berikut merupakan ciri-ciri pantun yang perlu dipatuhi agar pantun yang terhasil tidak kedengaran sumbang.

1. Binaan pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Dalam pantun empat kerat, dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

2. Rima akhir pantun empat kerat ialah ab ab, iaitu jika dalam baris pertama suku kata akhir ialah –kan (a) maka suka kata akhir dalam baris ketiga juga ialah –kan (a). Begitu juga jika suku kata akhir bagi baris kedua ialah –ri (b) maka suku kata akhir keempat juga semestinya –ri (b).

3. Setiap satu baris terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan sahaja.

4. Suku kata dalam sebaris pula antara lapan hingga 12 suku kata.

Pantun yang ingin dicipta pula harus bergantung kepada agenda sesuatu acara. Jika pantun yang ingin dicipta adalah untuk tujuan alu-aluan maka dalam maksud pantun harus disebut ucapan selamat datang. Pembayang pantun pula lebih baik menggunakan unsur keindahan alam. Jika tidak mampu, anda boleh menggunakan apa-apa sahaja unsur yang dirasakan sesuai dan menarik.

Contoh pantun:

Memasang pukat terkena lo
kan,
Lokan dibawa ke Tanjung Pu
ri; } Pembayang
Selamat datang kami ucap
kan,
Ke Majlis Anugerah Guru Besta
ri. } Maksud

Mencipta Bahasa Berirama

Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya yang tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan atau peribahasa yang digubah menjadi bahasa yang menarik.

Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir bahasa berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu aaaa. Yang penting dalam bahasa berirama, kata-kata yang digunakan harus indah dan sesuai dengan acara.

Contoh:

Benar kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,
Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.

Namun begitu, bahasa berirama tidak semestinya dicipta seperti di atas. Anda juga boleh menggunakan frasa-frasa menarik seperti meluah rasa mengungkap bicara, segera ditampilkan, namun apakan daya, kita telah di penghujung acara dan sebagainya.

Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

INFO: GELATIN

Email Oleh : anuarani

Gelatin Halal adalah satu fenomena yang semakin ramai yang memperkatakannya. Dunia hari ini terus hangat berbincang tentang isu sihat ini. Hampir seluruh umat Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini. Ianya menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak.Misi kita di sini adalah untuk memahami dan mengenalinya dengan lebih lanjut lagi, seterusnya memilih jalan yang terbaik, suci dan HALAL. Di dalam pertemuan pertama kita ini, kami akan cuba untuk memberi informasi untuk anda sebanyak-banyak yang termampu. Insya-ALLAH.

APA ITU GELATIN ??

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

* Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
* Puding, kek dan pai
* Gummi jelli, Pastil berperisa
* Yogurt, keju dan butter
* Ais-krim
* Pencuci mulut segera
* Gula-gula getah (Chewing gum)
* Produk-produk daging yang diproses

Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.

"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"

HALAL ATAU TIDAK ??
Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak?
Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan.
Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam.
BIMBANG!, RISAU!, RESAH...
Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!!

Pemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda.
Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL!

Adakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi.
Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:

* Kapsul penyalut ubatan
* Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan
* Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi
* Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan
* Semua Minyak Wangi
* Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik
* Losen Badan, kaki dan tangan

"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU! Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"


BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS MENGAMBIL
~ MAKANAN HARAM ~

* Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan.
Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa.
* Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti.
* Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain.
* Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH
* Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya.
* Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan.
* Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.

Sumber: Cina Islam

Stop Smoking - Cina Islam

Email oleh : Zamri Keciks

PLEASE STOP SMOKING!!








MOUTH CANCER











LEADS TO DEATH


PLEASE....


Thursday, July 9, 2009

Foto Kelakar -Cina Islam

Email Oleh : tok_busu
Foto dulu-dulu dalam kategori kelakar.....























Sungai atas Jambatan

Emai Oleh : Zamri Keciks



Sungai atas jambatan.....

Tuesday, July 7, 2009

Tinta: Panduan Buat Isteri dan Bakal Isteri - Cina Islam

Oleh : mohd naim mohd zain



Assalammualaikum wrt wbt.

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi..

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

( Panduan buat remaja yang bakal menjadi isteri khususnya untuk anak perempuanku. Hayatilah tinta ini buat panduan hidupmu. Tinta ini sebahagian daripada nasihat ayahmu)

Taman Paya Bakau Sri Manjung Tempat Bersantai Waktu Petang

SRI MANJUNG - 5 Julai 2009,
selepas balik dari menjenguk Along
di asrama kami sekeluarga terus ke
Sri Manjung dan singgah di Taman Paya Bakau di tepi Sg. Dinding.
Tempatnya memang menarik, apatah lagi dengan kemudahan
yang dibaik pulih oleh pihak berkuasa. Memang sesuai untuk mengambil angin dan bersantai di petang hari. Memang ramai keluarga yang datang bersantai di situ, terutama waktu petang.








Suasana di taman itu memang menarik dengan laluan pejalan kaki berbentuk jambatan yang dibina di celah-celah pokok-pokok bakau. Terdapat bangku-bangku yang disedikan di setiap perhentian uantuk pengunjung berhenti rehat. Sambil bersantai dapat melihat aksi monyet kejar-mengejar dan terjun ke dalam air di bawah pokok bakau. Kalau bernasib baik dapat tengok aksi 18sx, tanpa segan silu. Ini yang teman tak tahan ni. Janganlah buat maksiat di tempat awam macam kat taman ini malu tengok oleh anak-anak kecil.

Satu lagi sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata-rata, walaupun terdapat tong sampah yang disediakan. Buruk perangai lagi, teman tengok tutup tong sampah pun mereka buang ke bawah jambatan yang dibina. Perangai monyet-monyet yang ada di taman itu lebih elok daripada perangai manusia yang sedemikian.




Jambatan gantung yang dibina memberi pengalaman kepada pengunjung melalui jambatan tersebut kira-kirasepanjang 50 meter. Dari atas jambatan gantung ini kita dapat melihat pemandangan menarik hutan paya bakau di sekitar taman tersebut. Terdapat sebatang anak sungai yang mengalir di tengah-tengah hutam paya bakau tersebut.


Hari Minggu Bersantai di Sekolah Along




Semenjak anak sulung (Along Lina) masuk asrama di SMK Azlan Shah, Bota, setiap hari Sabtu atau Ahad kami sekeluarga akan melawatnya dan bersantai di sana sambil makan tengah hari.

Kegiatan hujung minggu ini semakin menjati rutin hidup kami sekeluarga. Kalau tak pergi dia asyik telefon tanya bila nak datang, ye tak ye datanglah kami menjenguknya.

Kebetulan adik bongsu, Aidil juga bersekolah di sekolah yang sama. Senanglah sekali harung sahaja melawat mereka.


Sunday, July 5, 2009

Santai di Teluk Intan


TELUK INTAN - Waktu senja di bandar Teluk Intan. Bandar Teluk Intan memang terkenal dengan Menara Condongnya. Memang menarik bersantai di sekitar Menara Condong Teluk Intan. Semasa saya dan keluarga berkunjung ke sini terdapat ekpo kraf tangan di adakan di sini.

Thursday, July 2, 2009

Nizar yakin DUN Perak bubar sebelum pilihan raya - Sinar Harian


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi ‘politik tegang’ yang melanda negeri tersebut.

Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku lagi kekecohan sidang DUN Perak yang akhirnya menyebabkan BN terpaksa memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di negeri tersebut.

“Mahu tidak mahu dalam keadaan ini, Perak terpaksa mengadakan sidang DUN dalam masa terdekat bagi meluluskan belanjawan 2010, saya percaya akan berlaku situasi kekecohan yang seperti mana sebelum ini.

“Atas alasan tersebut saya menyatakan keyakinan penuh bahawa DUN Perak akhirnya terpaksa dibubarkan untuk mengelak situasi ini tidak berulang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi beberapa blog di internet yang mendakwa tindakan membubarkan DUN terpaksa diambil memandangkan beberapa ADUN BN dikatakan akan berpaling tadah dan bertindak menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan beliau tidak mengetahui spekulasi tersebut namun mengaku ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh mengesahkan perkara ini betul atau tidak, tetapi perkara ini sudah lama dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu namun saya menolak dakwaan mengatakan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu ada datang memohon maaf, berjumpaa biasa adalah,” katanya.

Bagaimanapun Nizar mengakui bahawa terdapat pemimpin BN yang menyatakan sokongan penuh supaya pembubaran DUN Perak terpaksa diadakan bagi menyelamatkan parti tersebut.

“Saya sempat berjumpa beberapa ahli parlimen daripada BN, mereka tidak menafikan krisis yang melanda Perak merugikan perjuangan parti itu di seluruh negara, ekoran itu mereka juga menyatakan sokongan kepada pembubaran DUN, tetapi mereka tidak boleh menyuarakan pendapat tersebut atas kapasiti parti,” katanya.

PEMBUBARAN DUN PERAK HANYA KHABAR ANGIN - CINA ISLAM

Berikutan tersebarnya sms dan panggilan talifon dari banyak pihak mengenai khabar angin kononya ada ADUN BN yang akan menyeberang kepada Pakatan dan dikaitkan dengan pembubaran DUN Perak dengan ini saya tertarik untuk memberi beberapa kenyataan :-

1. Kenyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.

2. Pembubaran DUN adalah langkah yang paling tepat dan wajar dalam menyelesaikan krisis di Perak. Mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kembali siapakah kerajaan yang mereka pilih adalah desakan Pakatan Rakyat yang berterusan "Bubarkan DUN Perak".

3. Saya memohon semua penyokong PAS dan pakatan rakyat supaya jangan mudah mempercayai dan menyebarkan segala maklumat atau sms yang belum disahkan maklumat pengirim dan kesahan maklumat itu kepada orang lain.

Kenyataan Media
2 July 2007

YB. Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi BBC Pakatan Rakyat Perak/
Ketua Penerangan PAS Perak.

WASSALAM, SEKIAN TERIMA KASIH.

(Selalunya mula-mula khabar angin, lepas tu betul-betul terjadi. Sama-sama kita tunggu.)

Zahra gagal tamatkan renangan merentasi Selat Inggeris - Mstar

SEDIH..Zahra gagal mengawal emosinya dan terpaksa ditenangkan oleh ibunya,Haniza Mohamed apabila dia gagal menamatkan renangannya merentasi Selat Inggeris ekoran faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Foto THE STAR Oleh: CHOI TUCK WO.

DOVER:Perenang muda negara, Zahra Masoumah Abdul Halim terpaksa menghentikan renangannya pada pukul 6.20 petang waktu London ekoran air pasang dan tiupan angin kencang melanda Selat Inggeris.

BERITA TERDAHULU

DOVER (Britain): Zahra Masoumah Abdul Halim terpaska berenang mengharungi ombak besar dan arus yang kuat.

Namun demikian, gadis berusia 17 tahun ini tetap memiliki semangat juang yang tinggi untuk memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama merentasi Selat Inggeris.

Pada pukul 1 pagi waktu tempatan (6 pm waktu London), Zahra masih bersemangat untuk menghabiskan separuh lagi renangannya walaupun telah 12 jam berenang tanpa henti.

"Dia terpaksa mengharungi arus yang kuat dan ombak yang tinggi," kata Pengerusi Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) Muqharabbin Mokhtarudin yang turut berada dalam boat yang mengiringi Zahra sepanjang ekspedisi tersebut.

Muqharabbin turut memberi kata-kata semangat dan nasihat ketika memberinya minuman untuk memulihkan staminanya.

Dia berharap kata-kata semangat itu mampu meningkatkan moral Zahra untuk berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Selat Inggeris.

Semalam, Zahra mula berenang merentasi Selat Inggeris dari Dover ke Calais pada pukul 6.07 am (1.07pm waktu Malaysia.

Keberanian Zahra menyeberangi pantai Shakespeare di saat fajar menyinsing akan memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama menakluk selat tersebut.

Pemerhati daripada Channel Swimming & Piloting Federation (CS&PF) hadir untuk menyaksikan Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi selat Inggeris ke Calais di Perancis semalam.

Ayah Zahra, Abdul Halim Manaf, jurulatih Arof Amar dan Muqharabbin turut serta dalam bot yang mengiringi Zahra.

Dalam perbualan telefon beberapa jam dia memulakan ekpedisinya, Zahra berharap rakyat Malaysia akan mendoakan dia berjaya merentasi Selat Inggeris tersebut.

Jika Zahra berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33.6 km, dia merupakan rakyat Malaysia ketiga melakukakannya selepas Datuk Abdul Malik Mydin dan Dr Lennard Lee pada tahun 2003 dan 2004 yang pernah berenang di selat yang sama sebelum ini

Wednesday, July 1, 2009

DUN Perak dijangka bubar, ADUN BN pula paling tadah - PerakExpress

Oleh Sam Ahmad

Berita tersebar luas, ada Adun BN akan berpaling tadah menyokong Pakatan. Umno buat meeting tergempar. Dan didapati Osman dan Jamal tak hadir.

Maklumat daripada sumber kuat, BN melalui Muhyiddin Yassin akan jumpa dengan Sultan Perak esok untuk dapat perkenan untuk bubarkan DUN. Maklumat itu juga ada menyebut bahawa Osman ada berjumpa dengan Nizar pada minggu sudah dan beliau memohon maaf sambil menyalahkan Jamal dengan apa yang terjadi di Perak sekarang. Beliau juga turut menyalahkan Jamal atas kesalahan mereka di mahkamah.

lihat posting Dr. Wahab