TEKS PENGERUSI MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG
Tarikh :
19 April 2014
Masa : 8.00 – 11.00 mlm
Tempat : Best Western Hotel, Marina Island
Masa : 8.00 – 11.00 mlm
Tempat : Best Western Hotel, Marina Island
PERKARA/
PEMBACA
|
BUTIRAN
|
CATATAN
|
Ketibaan Tetamu
|
Assalamualaikum
w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput
semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Dari
Dewan.................Best
Western Hotel, Marina Island kami bawakan secara langsung Majlis Jasamu
Dikenang, Sek Keb. Kota Setia.
|
|
Bacaan Doa
|
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman
Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.
Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (Doa) |
|
Jemput makan
|
Amin Amin
Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.
Bunga
mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati
Kalau tuan pikat
cemara
Buatlah bara
bakar selasih
Sudilah tuan
jamu selera
Hidangan mesra
pengikat kasih
Untuk itu,
dipersilakan semua hadirin menjamu selera.
|
|
Ucapan alu-aluan
Pengerusi Majlis
|
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman
Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.
Kuntum melati
tumbuh melata
Burung merbah di
pohon cemara
Assalamualaikum
pembuka bicara
Selamat datang
untuk semua
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari
Penolong Kanan
Pentadbiran SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal
Murid
Yang Berusaha En. Kamarulnizam b.
Marzuki
Penolong Kanan
Kokurikulum
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj
Mohd Nor
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia
Yang Dihormati & dirai:
En Abdul Karim b. Munok -Guru Besar SK Kota Setia
yg bakal bersara pada 24 April 2014
Mantan Guru-guru
SK Kota Setia yg telah bertukar
Guru-Guru SK
Kota Setia & ahli keluarga
Kakitangan
Sokongan SK Kota Setia & ahli keluarga
Pekerja-pekerja swasta
Dif-dif jemputan
&
Para hadirin
yang dimuliakan
Selamat
datang ke :
Majlis Jasamu Dikenang, SK Kota Setia Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri
Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama menghadirkan diri di dalam majlis ini bagi meraikan orang yang berjasa kepada
warga SKKS yang akan bersara dan guru-guru yang telah bertukar.
Mereka tak lain tak bukan:
Yang Dihormati
En Abdul Karim b. Munok -Guru Besar SK Kota Setia
yg bakal bersara pada 24 April 2014
Pn. Rosnani bt.
Mohd Saad –Mantan Guru Pra SK Kota Setia
Pn. Norhafilah
bt. Yahya –Mantan Guru Matematik SK Kota Setia
& Dua orang
guru yg tidak dapat hadir pada malam ini iaitu
En. Kamal Azrol
b.
Pn. Nasriyah bt
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang
Begitulah kata-kata yang dapat
dilafazkan buat En. Abdul Karim b. Munok.
Orang haji
dari Jeddah
Membawa kurma melambak-lambak
Pekerjaan guru
bukannya mudah
Ibarat kerja
menolak ombak
Tinggi sungguh
gunung daik
Mercunya nampak
terang berkilau
Kalau asal benih
yang baik
Jatuh ke laut
menjadi pulau
Begitulah ibarat
mantan guru-guru SK Kota Setia yang kita raikan malam ini.
|
|
Ucapan wakil
guru
Ucapan Guru yg
bertukar
Ucapan GB
|
Majlis
diteruskan dengan menjemput yang Dihormati En. Mohd Shafiai b. Selamat sebaga wakil kelab guru dan
kakitangan SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan ) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Shafiai b. Selamat atas ucapan tersebut.
Kini,
majlis mempersilakan pula guru-guru yang dirai bagi menyampaikan ucapan.
Pertama Pn. Rosnani bt. Saad, dipersilakan.
Terima
kasih diucapkan kepada Pn. Roasnani atas ucapan tadi.
Seterusnya
majlis mempersilakan Pn. Norhafilah
bt. Yahya untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
Terima
kasih kepada Pn. Norhafilah bt. Yahya atas ucapan tersebut.
Kini, majlis kita sampai ke kemuncaknya. Majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Abdul Karim b. Munok, Guru Besar SK Kota Setia yang bakal bersara untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ************(Ucapan GB.) Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi. |
|
Penyampaian
Hadiah & Cenderamata
|
Acara
diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata
|
|
Penutup
|
Dengan
berakhirnya penyampaian hadiahdan cendera mata, maka berakhirlah majlis
Jasamu Dikenang untuk kali ini.
Bunga
dedap di atas para
Anak dusun
pasang pelita
Kalau
tersilap tutur bicara
Jemari
disusun maaf dipinta
Dari Kedah
ke pekan sari
Beli suasa
di Kota Tinggi
Selesai
sudah tugas diberi
Di lain
masa bersua lagi
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu
`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
|
minta perkongsian teks ini cikgu..moga memberi manfaat buat semua..terima daun keladi
ReplyDeleteshare ye cikgu.Terima kasih.
ReplyDelete