Sunday, April 27, 2014

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR



TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH
Tarikh                    : 23 April 2014
Masa                     : 10.30 pagi
Tempat                                : Dewan Seri Setia, SK Kota Setia

PERKARA/ PEMBACA
BUTIRAN
CATATAN

Ketibaan Tetamu

Hariff
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan En. Abdul Karim b. Munok , Guru Besar SK Kota Setia.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.



Bacaan Doa

Jue

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)


Ucapan
Alu-aluan

Hariff
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah

Yang Diraikan
En Abdul Karim b. Munok
Guru Besar SK  Kota Setia 

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. Adam
YDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah

Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok,Guru Besar SK  Kota Setia.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En. Abdul Karim b.Munok dalam Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Kota Setia



Ucapan Ketua Murid

Jue
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.



Ucapan PK1
Hariff

Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor Azman atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan



Ucapan
Jue
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha  Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.




Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan  Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.


Ucapan YDP MGB
&
PPD

Hariff
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam atas ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya  menjemput dan mempersilakan kepada    Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.



Persembahan Multimedia

Jue
Terima kasih diucapkan kepada  Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia

Ucapan
Yang Dirai
GB
Hariff

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS dan individu yang menjayakan persebahan tersebut. 
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid,  Penolong PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran  naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.

Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.

Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput Tuan Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat hari jadi…

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.

Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.



Persembahan
Khas Gurindam Jiwa

Jue
Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan GB


Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul “Gurindam Jiwa”. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam Jiwa  yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.



Penyampaian Watikah

Hariff

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, majlis mempersilakan  Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah naik ke pentas utama untuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD. Dipersilakan.


Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok



Penyampaian Hadiah & cenderamata

Jue
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan  En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah……



Penutup

Hariff
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha  Cik Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan  En. Abdul Karim b. Munok sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Karim……….

Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.



Penutup

Jue

Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh



48 comments:

  1. Mohon share untuk majlis GB sekolah saya..

    ReplyDelete
  2. salam ..mohon share untuk sek saya

    ReplyDelete
  3. mohon izin untuk share. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Minta izin untuk share..terima kasih

    ReplyDelete
  5. SALAM..NKTNY..BIASA YG BERUSAHA DULU KAN..KEMUDIAN YG DIHORMATI DAN YG DIRAIKAN..XTAULA..JUST TANYA

    ReplyDelete
  6. minta izin share....terima kasih atas pengkongsian ilmu

    ReplyDelete
  7. Mohon kongsi ye, terima kasih. Semoga diberkati Illahi, aamiin

    ReplyDelete
  8. Terbaik.. mohon izin untuk guna bagi majlis di sekolah saya pula..

    ReplyDelete
  9. Terbaik.. mohon izin untuk guna bagi majlis di sekolah saya pula..

    ReplyDelete
  10. epi google teks majlis persaraan terjumpa teks skks...terbaik..skks terus maju...mohon izin share ye cikgu harif...

    ReplyDelete
  11. saya azmaliza binti zainal azman ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkongsian teks cikgu ini. saya mohon guna teks tuan ini sempena persaraan tn hj yang akan berpencen tidak lama lagi. semoga Allah merahmati usian tuan. terima kasih

    ReplyDelete
  12. T.kasih banyak2 atas perkongsian ini..sangat2 membantu..Mudah- mudahan tuan terus dimurahkn rezeki dan dipermudahkan segala urusan ..t.kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas perkongsian..mohon share

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas perkongsian. sy nak mohon untuk copy dan edit utk kegunaan majlis di sekolah saya, ya. terima kasih

    ReplyDelete
  15. Saya share yer teks ni..utk majlis gb saya jgk..tq3

    ReplyDelete
  16. saya pun sama..terima kasih banyak..cikgu banyak membantu..semoga urusan cikgu sentiasa dipermudahkan..

    ReplyDelete
  17. Pencetus idea yang sangat berkesan, mohon menggunakan sesetengah ayat2 serta pantun2 yang ada dalam teks ini, terima kasih...

    ReplyDelete
  18. teks yg baik dan bermanfaat..mohon izin utk share benda yg sgt baik ini tuan.

    ReplyDelete
  19. Aslkm ,mohon share bersama terima kasih kerana dpt memberi manfaat kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  20. SyBudakBaruBelajarJuly 10, 2017 at 5:01 PM

    Salam..mohon izin untuk jadikan teks sebagai rujukan. moga sentiasa dicurahkan dengn ilmu yang bermakna.terima kasih :)

    ReplyDelete
  21. T.kasih. mohon izin sebagai rujukan.

    ReplyDelete
  22. saya pun sama..terima kasih banyak..cikgu banyak membantu..semoga urusan cikgu sentiasa dipermudahkan..

    ReplyDelete
  23. mohon halakan ye... sbg rujukan kami. terima kasih

    ReplyDelete
  24. Mohon share...halalkan ye...terima kasih

    ReplyDelete
  25. mohon gunakan teks untuk majlis di tempat saya ya..trm kasih

    ReplyDelete
  26. mohon share yer..murah rezeki cikgu

    ReplyDelete
  27. Mohon kongsi untuk Majlis Persaraan Guru di sekolah saya..

    ReplyDelete
  28. mohon share ya cikgu... sbg rujukan utk majlis kami nanti . Terima kasih

    ReplyDelete
  29. mohon share sebagai rujukan. terima kasih

    ReplyDelete
  30. mohon share tuan semoga panjang umur murah rezeki, amin

    ReplyDelete
  31. mohon tuan halalkan saya guna untuk majlis di sekolah

    ReplyDelete
  32. mohon izin untuk guna. terima kasih

    ReplyDelete
  33. Terima kasih atas perkongsian. Mohon halal untuk digunakan,

    ReplyDelete
  34. Mohon share. Semoga penyedia teks ini dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  35. mohon izin untuk guna. semoga dimurahkan rezeki selalu. Aminnn.

    ReplyDelete
  36. Terima kasih share.

    ReplyDelete