Tuesday, April 29, 2014

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN



Masa/ Pembaca
Atur cara
Teks

8.25
Hariff

Ketibaan tetamu
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013.


Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.



8.30 am
Syuhada

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, Isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri


8.35 am
Syuhada

Lagu Negara ku dimainkan



Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


8.45 am
Hariff

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis















































































Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua




Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia  Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,
Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI

Yang Berusaha En Abdul Karim b. Munok
Guru Besar SK  Kota Setia

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki
Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Jabatan,

Guru-Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Kota Setia tahun 2013.
Saya Harif Fadzilah b. Othman

Dan saya  Norsyuhada bt.  Humari

Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Syuhada

Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Ida rohayu bt. Husin dan Cik Norsalmi bt. Shaari.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati
En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Setia atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b. Munok, Guru Besar SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.


Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi 2013 SK Kota Setia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.



Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.  Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, majlis  menjemput Tuan Guru Besar En. Abdul Karim b. Munok, diiringi Cik Noorsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahap 1. Dipersilakan.

************(Persembahan).


Hariff

Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah

Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norsyuhada bt. Humari

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,
   Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
   Isikan akal dengan ilmu


Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput  Yang Berbahagia  Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat dengan diiringi oleh Cik Noorsalmi bt. Shaari untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid Prasekolah.
Dipersilakan.
………………. (Penyampaian hadiah)
  1. Sijil tamat Prasekolah 2013

Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertu PIBG SK Kota Setia dengan diiringi oleh En. Kamarulnizam b. Marzuki, PK Kokurikulum.
Dipersilakan.
  1. Anugerah Tunjang terbaik
  2. Anugerah Kehadiran tertinggi
  3. Anugerah Penabung terbanyak
  4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah


Syuhada
Penyampaian hadiah akademik

Terima kasih  En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah untuk murid-murid prasekolah.

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada murid-murid.

Untuk itu majlis menjemput …………………………………………………….. diiringi oleh …………………………………………………………………… ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
……………………… (Penyampaian hadiah)

  1. Hadiah akademik terbaik
  2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi
  3. Hadiah matapelajaran terbaik


Hariff

Persembahan prasekolah

Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.



Majlis penyampaian hadiah dihentikan  buat seketika bagi menikmati satu  persembahan iaitu  Persembahan murid-murid Prasekolah. Dipersilakan.

………………………………….. (Persembahan)

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti Hajar bt. Timar, dibantu oleh ibu Zaleha dan ibu Rumiyati.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid-murid.

Untuk itu dijemput ........................................................................  untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid yang banyak membantu pihak sekolah. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)
  1. Sijil Pengawas sekolah
  2. Sijil Pengawas Pusat Sumber
  3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas
  4. Sijil Pengawas kedai buku
  5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013


Syuhada

Anugerah Khas
Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas.

Dijemput ..............................................................................  untuk menyampaikan Anugerah tersebut. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian Anugerah)
  1. Tokoh Akademik
  2. Tokoh Kokurikulum
  3. Anugerah Sahsiah Terpuji
  4. Tokoh Nilam

Terima Kasih ............................................................. kerana sudi menyampaikan Anugerah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh  murid-murid tahun 6. Dipersilakan....

…………………………………. (Persembahan)

Hariff

Penutup
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan tersebut mungkin merupakan persembahan terakhir mereka di sekolah ini kerana mulai tahun hadapan mereka akan melangkah ke sekolah menengah. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norafilah bt. Yahya.







Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....
assalammualaikum



22 comments:

  1. salam minta izin nak guna teks ni..terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam minta izin ambil dan ubahsuai teks terima kasih daun hipster fidget spinner

    ReplyDelete
  3. salam. minta izin ambil dan ubah suai teks untuk hari kecemelangan

    ReplyDelete
  4. Assalam...minta izin copy teks ye...terima kasih cijgu

    ReplyDelete
  5. Minta izin pinjam teks yaa.. Mohon halal.. 😊

    ReplyDelete
  6. Izinkan sy copy dan ubah suai juga untuk majlis anugerah cemerlang tadika . Tq

    ReplyDelete
  7. Mohon izin utk copy dan ubahsuai ya. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Mohon ubah suai teks ya. Tq :)

    ReplyDelete
  9. Mohon copy n ubahsuai teks ni yer. terima kasih atas perkongsian. hanya tuhan membalasnya.

    ReplyDelete
  10. mohon izin untuk guna dan ubahsuai teks ini ye. Terima kasih ;)

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,
    cikgu saya mohon izin ambil point2 penting.
    terima kasih

    ReplyDelete
  13. Mohon izin untuk menggunakan teks emcee untuk rujukan. t.kasih cikgu.

    ReplyDelete
  14. Minta izin guna teks ni,terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  15. minta izin gunakan teks ini untuk rujukan...tq cikgu

    ReplyDelete
  16. Mohon izin utk rujukan tq cikgu..

    ReplyDelete