Wednesday, September 9, 2009

Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

Oleh :mohd naim mohd zain


# Sentiasa berdoa agar disayangi.

# Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

# Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

# Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

# Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

# Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

# Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

# Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

# Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

# Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

# Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

# Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

# Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

# Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

# Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

# Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

# Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

# Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

# Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

# Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

# Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

# Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

# Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

# Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

# Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

# Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

# Sentiasa lakukan ibadah bersama.

# Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

# Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

# Urut belakang isteri sekali sekala.

# Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

# Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

# Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

# Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

# Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

# Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

# Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

# Lebihkan isteri daripada anak-anak.

# Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

# Seeloknya masuk tidur serentak.

# Belai isteri sebelum pergi kerja.

# Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

# Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

# Lakukan riadah bersama isteri.

# Pergi berkelah sekali sekala.

# Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
--Cina Islam

No comments:

Post a Comment