16 Jan 2010 - Aku dan keluarga sampai di Puteri Ayu Chalet kurang lebih pukul 6.00 petang. Kami disambut oleh rakan-rakan zon utara yang lebih awal tiba. Aku dimaklumkan terdapat 8 keluarga yang menyertai perjumpaan kali ini. Keluarga Mazlan & Kak Zah, Keluarga Jamil & Zuraida, Keluarga Bidi, Keluarga Jamaludin, Keluarga Nani, Keluarga Mat Razak, Keluarga aku (Hariff & Ros) dan Mardis. Saudara Mardis hanya datang seorang diri atas sebab-sebab tertentu.
Ketika kami tiba, rakan-rakan lain sedang sibuk membuat persiapan BBQ dan menyediakan makan malam. Anak-anak aku dah tak sabar nak mandi kolam. Tambahan pula melihat anak-anak rakan lain sedang terjun dan berenang di kolam. Apa lagi bersegeralah ke chalet tukar pakaian.
Aktiviti malam - Apa lagi mengisi perut dan bergebang menceritakan pengalaman dan perkembang keluarga masing-masing. Tidak ketinggalan mengimbau kembali saat manis ketika menuntut di MPSP. Sedang asyik bergebang anak kecil aku lekat tulang ikan pula, sampai muntah-muntah. Nasib baiklah keluar tulang apabila berkali-kali dia muntah. Aktiviti malam dihabiskan dengan bercerita dan bergebang.
Keesokannya anak-anak sambung mandi lagi. Saudara Mardis rajin melayan kerenah anak-anak dengan permainan menyelam mencari duit syiling. Memang tabiklah Mardis pandai melayan budak-budak. Kaum ibu menyediakan minuman pagi dan kaum lelaki keluar membeli makanan untuk sarapan. Chalet ini agak terpencil jauh dari kawasan pekan.
Selepas sarapan kami sambung bergebang. Jam 11 pagi kami bersiap untuk memulakan aktiviti bertukar hadiah dan bergambar. Kami mengabadikan gambar kenangan. Siapa lagi, saudara Jamil jadi taukeh gambar. Maklumlah sedang mabuk ambil gambar dengan kamera yang baru dibelinya.
Aktiviti bertukar hadiah dilangsungkan. Pihak tuan rumah, saudara Mazlan melahirkan kesyukuran kerana perjumpaan kali pertama tahun 2010 berjaya. Beliau berharap perjumpaan akan datang akan dapat mengumpulkan lebih banyak rakan-rakan MPSP sesi 92/94. Perjumpaan akan datang diharap dapat diadakan pada hujung tahun ini di tempat lain pula. Kami juga bersetuju sesiapa yang berminat untuk mengumpul dana peribadi untuk hadir ke perjumpaan akan datang boleh bank in wang setiap bulan ke akaun Mat Razak yang akan dimaklumkan melalui SMS. Perkara ini boleh diuruskan dengan menelifon Mat Razak, dapatkan no phon beliau di blog sulit MPSP.
Kami mengakhiri perjumpaan dengan bersalaman dan berharap akan ada lagi perjumpaan pada akhir tahun ini.
No comments:
Post a Comment