Kegunaan
Dukung Anak dikatakan amat sesuai
untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana
tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah
dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah.
Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok
Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok)
dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu
sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam
segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana
rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan
sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan
kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk
digunakan dan tidak berbahaya.
Tumbuhan ini sebenarnya terkenal
di Amazon sebagai penawar penyakit karang
hempedu. Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal
pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan
Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang
dapat mengawal sel daripada pencemaran
persekitaran. Di Malaysia, Dukung Anak digunakan
sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran.
Malah, ia turut digunakan sebagai penawar
cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan
sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan
daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.
Masalah ginjal:
Air rebusan atau jus daun dan akar diminum
Batuk:
Air rebusan daun muda diminum
Luka, lebam dan luka ulcers:
Pupukan daun disapukan pada bahagian
yang berkenaan
No comments:
Post a Comment