Bola Baling
Bola baling merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik 2008 lepas. Acara yang dipertandingkan terbahagi kepada dua kategori iaitu acara lelaki dan perempuan. Berdasarkan kajian, sukan Bola Baling ini banyak menggunakan beberapa kemahiran yang juga digunakan dalam permainan Bola Sepak, Bola Keranjang dan Bola Jaring. Seramai 7 orang pemain bagi satu pasukan diperlukan bagi bagi setiap permainan Bola Baling yang dijalankan.
Kemahiran Asas
Kemahiran asas dalam permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula dengan kemahiran berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi seorang pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola Baling:
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol.
Kemahiran hantaran
Kemahiran hantaran terbahagi kepada lima iaitu:
i. Hantaran bahu
ii. Hantaran lantun
iii. Hantaran aras dada
iv. Hantaran lompat
v. Hantaran sisi
Kemahiran menyambut bola
Kemahiran menyambut bola terbahagi kepada empat iaitu:
i. Menyambut bola aras muka
ii. Menyambut bola rendah
iii. Menyambut bola dengan sebelah
tangan.
iv. Menyambut bola tinggi.
Jaringan lompat Cara jaringan yang lain
Jaringan bahu
Kemahiran Menjaring
Kemahiran menjaring amat penting bagi seseorang pemain bola baling bagi mendapatkan jaringan seterusnya mencapai kemenangan. Kemahiran menjaring terbahagi kepada beberapa jenis teknik dan cara iaitu:
i. Jaringan bahu
ii. Jaringan lompat
iii. Jaringan dive
iv. Jaringan rendah
Kemahiran mengadang dan mengawal
Kemahiran menjaga gol
Secara kesimpulannya, permainan bola baling memerlukan pergerakan motor kasar dan halus yang tinggi. Kekuatan otot amat penting bagi mencipta gerakan-gerakan yang pantas untukmenbuat jaringan gol yang diperlukan. Kemahiran motor halus ibahagian jari menvariasikan lagi jenis balingan dan arah ketepatan bola dihantar.
3.1.2 Kemahiran
Berdasarkan kajian yang dibuat, sukan Bola Baling dikelaskan ke dalam sukan kemahiran luar kawal (open skill).
3.1.2.1 Huraian
Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill). Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika perlawanan sedang berlangsung.
Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka strategi menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika di dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat jaringan ataupun tidak.
Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dikuasai. Pergerakan-pergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan. Dengan ini, faktor luaran dapat dikurangkan dan pemain berupaya mempraktikkan kemahiran yang sedia ada ketika di gelanggang kelak.
3.1.3 Ketepatan Lakuan ( kemahiran motor kasar dan motor halus )
Ketepatan lakuan di dalam sukan Bola Baling adalah berasaskan kepada jenis atau saiz otot –otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran seperti melakukan jaringan. Sebagai contoh, ketika membuat hantaran paras dada, otot kasar di bahagian tangan dan belakang badan memberi kekuatan yang dimahukan ketika ingin membuat hantaran manakala otot halus dibahagian jari akan menentukan ketepatan arah bola yang dilontar atau dibaling. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi mata-tangan dan pergerakan tangan-jari semasa membuat hantaran.
3.1.4 Ciri Pergerakan
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan terhadap sukan bola baling ini, terdapat dua daripada tiga ciri pergerakan yang sering diguna iaitu kemahiran diskrit dan kemahiran bersiri. Kemahiran diskrit merupakan kemahiran yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran yang spesifik. Kemahiran ini melibatkan pergerakan yang pantas kerana masa yang terhad. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran diskrit ini dapat diperhatikan ketika pemain membuat hantaran-hantaran pantas kepada rakan sepasukan. Hantaran dilakukan dengan pantas dan tepat bagi membuat serangan balas terhadap pihak lawan. Selain itu, kemahiran diskrit ini juga dapat dilihat ketika penjaga gol menjaga gawang gol iaitu ketuka menangkap atau menepis bola. Masa yang diambil untuk melakukan tangkapan atau tepisan itu amatlah cepet dan singkat. Oleh itu, iia dipanggil kemahiran diskrit.
Kemahiran bersiri pula bermaksud kemahiran yang dilakukan secara berfasa hasil cantuman beberapa kemahiran diskrit. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran bersiri ini dapat dilihat ketika pemain mengambil langkah untuk membuat jaringan. bermula dengan menyambut bola, pemain mengambil langkah dan melonjak keudara. Ketika di udara badan berkeadaan sedia dan tindakan menjaring diakhiri dengan pendaratan yang selamat. Kemahiran diskrit yang digabung ialah menyambut bola, melompat dan membuat balingan.
terima kasih banyak-banyak.. rujukan yang berguna.
ReplyDeletesyukran..
ReplyDelete