Tuesday, September 17, 2013

MEMANCING HARUAN

 

16 Sept 2013 cuti hari Malaysia bersambung pula dengan cuti hujung minggu, mula cadang nak meracun rumput di kebun sawit. Malangnya pam racun pula rosak. Apa lagi layan casting haruan la. Sebenarnya aku baru nak belajar-belajar casting haruan. Hari pertama pergi sekorpun tak dapat. Namun haruan-haruan yang menangkap berhampiran dengan joranku membuatkan aku semakin geram.


Hari kedua, aku pergi pagi waktu lepas hujan. Dapatlah sekor haruan curut. Seronok layan haruan menyentap joranku. Lusanya pergi lagi, malangnya haruan-haruan di tali air tersebut sudah cega dengan mata pancing. Tak menyentuhpun.

PETUA MEMANCING HARUAN

Haruan merupakan jenis ikan yg agresif. Umpan katak merupakan umpan terbaik utk memancing specis ini. Swivel yg digunakan perlulah besar skit utk menguatkan cengkaman pada bibir katak. Swivel ni juga berfungsi sebagai wire untuk mengelak dari diputuskan oleh gigi haruan yg tajam. Hujung mata kalil akan dimasukan ke bahagian bwh badan katak utk membolehkan katak tu berenang bebas. 
Spinner bait seperti bomber bushwacker atau bucktails dan crankbaits seperti Rapala fat rap juga popular. Umpan plastik atau katak tiruan jugak boleh digunakan namun tidak boleh mengalahkan umpan katak hidup.
Bila harauan menyambar umpan, pemancing kena tunggu beberapa saat utk haruan tu telan umpan. Jika terus di strike ikan tu mudah telepas sebab ikan initidak telan makan terus.
Rod kuat sepanjang 7 kaki disyorkan. Rod yang lebih panjang mempunyai jarak casting yg lebih jauh.
Apa yg menarik bila memancing haruan ialah, bukan setakat haruan ialah ikan yg menarik utk dipancing dan dimakan, namun cara ragutan umpan, menarik umpan dengan kuat, tug of war yang menarik dan aksi akrobatik ketika cuba melepaskan mata yg tersangkut yg membuatkan aksi memancing haruan lebih menarik.

1 comment: