Wednesday, August 12, 2009

Edisi terbaru terjemahan al-Quran dilancarkan

Islamic Book Trust (IBT) dengan kerjasama Institut Pengajian Islam Antarabangsa (IAIS) melancarkan terjemahan terbaru al-Quran edisi Malaysia yang dihasilkan oleh sarjana dan penterjemah terkemuka kitab suci itu, Abdullah Yusuf Ali.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengarah Penyelidikan Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali Shahabudin yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di IAIS di Petaling Jaya petang ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IBT, Prof Datuk Dr Osman Bakar dan Pengasas IAIS, Prof Mohammad Hashim Kamali.

Dalam ucapannya, Dr Osman berkata, pihaknya menerbitkan terjemahan al-Quran tersebut sebagai satu penghargaan kepada Abdullah yang berusaha untuk menyebarkan kefahaman tentang al-Quran dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya, edisi al-Quran yang dilancarkan itu adalah edisi Malaysia yang pertama, setelah mendapatkan kebenaran JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dr Osman berkata, kali ini, keseluruhan teks al-Quran itu dicetak dalam satu naskah yang unik.

Sementara itu, Razali pula, dalam ucapannya menyifatkan kejayaan menghasilkan terjemahan al-Quran itu sebagai satu usaha yang murni.

"Ia menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua masyarakat Islam di negara kita ini," kata Razali.

Sehubungan itu, kata Razali, JAKIM juga sedang berusaha menyiapkan tafsir al-Quran yang di kenali Tafsir Al-Muttaqin.

Menurutnya, tafsir al-Quran itu dikarang oleh bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Abdul Hayei Abdul Sukor.

MalaysiaKini/-

No comments:

Post a Comment