Wednesday, December 30, 2009
Bercuti di Penang: Mengimbau Kenangan Silam di MPSP
20 Dis 2009 - Aku dan keluarga melawat Penang tempat aku menuntut ilmu perguruan sehingga bermulanya perkenalan dan seterusnya bertemu jodoh. Anak aku memang minat dengan ikan. Jadi hari ini kami nak melawat Akuarium di Batu Maung. Anak lelaki aku dah seronok lihat ikan di luar pusat Akuarium tersebut. Malangnya tak dapat masuk dalam kerana penyelenggaraan tangki sedang dijalankan. Namun tetap bersyukur dapat melihat beberapa jenis ikan dan hidupan laut di sekitar laman pusat tersebut.
Kami mengalih haluan ke Muzium Perang tidak jauh dari pusat Akuarium. Mulanya kami beranggapan macam muzium biasa. Apabila mendaki bukit jalan ke muzium, kami dah dapat lihat beberapa tugu dan bangunan lama. Agak menyeramkan. Aku mula merasakan sesuatu yang berbeza tentang muzium ini. Setelah membeli tiket (dewasa RM15 dan kanak-kanak RM7) Kami terus melalui trek yang disediakan. Berpandukan arah anak panah dan peta yang diberi kami menuju ke setiap stesyen yang dilebel. Memang menarik dan menyeramkan. Kami melalui terowong, kubu perang, tempat hukuman pancung, tapak pelancaran meriam dan sebagainya. Boleh saksikan tayangan slaid di sebelah kanan. Memang penat naik turun bukit. Namun cukup puas hati dan berbaloi dengan wang yang dibayar.
Hari pun semakin petang, dah pukul 2 lebih. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di situ. Kami terus menuju ke pusat bandar. Sampai di Jalan Penang aku terus cari parking. Kami sembahyang zohor di masjid India tempat aku sembahyang Jumaat ketika menginap di flat Kedah (Flat PDC). Selepas itu kami menuju ke pasar Chowrasta tempat aku lepak sambil minum dan makan malam. Tentu member-member MPSP masih ingat, tempat ini budak-budak maktab tunggu bas. Ada juga yang dating sambil minum di gerai berhampiran pasar ini.
Kami sempat makan laksa dan nasi lemak bungkus. Malangnya isteriku yang teringin nak minum ais batu campur (tempat lain tak de macam tu) tak ada pula hari ni. Lepas tu kami masuk ke pasar Chowrasta, apa lagi beli jeruklah. Kat sini memang banyak jeruk, bermacam-macam jenis. Satu yang aku tak nampak orang jual buah berangan. Dulu memang sentiasa ada. Kat tingkat atas masih macam dulu juga kedai jual pakaian dan jual buku terpakai.
Hari pun dah lewat petang, kami bergegas menuju ke kereta kerana nak cepat janji dengan Kaber nak ke rumah Balqis pukul 5 petang. Sayangnya tak sempat nak lalu depan maktab. Kami meninggalkan Penang dengan rasa tak puas. Insya Allah panjang umur akan ke sini lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
serononya....cam rasa nak gi penang ari ni jugak...
ReplyDelete