Friday, December 25, 2009

MENJEJAK MEMBER POINT 2, MP SERI PINANG - DI RUMAH FIRDAUS



8.30 malam, 19 Dis 2009 - Kami ke rumah saudara Firdaus di rumah guru sekolahnya, dihantar oleh Kaber . Kaber tak dapat bersama kami di rumah Firdaus kerana menghantar adik iparnya ke stesyen bas untuk ke KL. Terima kasihlah Kaber menghatar kami. Memang pelek juga mamat ni tinggal seorang diri di rumah guru, sedangkan orang lain sedang bercuti. Namun setelah mendengar ceritanya barulah aku faham dan simpati terhadapnya.

Kami disambut dengan hidangan bihun singapore orang bujang. Sedap juga masakan orang bujang ni. Setelah puas bersoal jawab, barulah aku faham kedudukan sahabat kita ni. Siapa yang berkenan bolehlah cuba pikat abang kita ni. Namun yang paling aku simpati ayah dan ibunya sudah tiada. Kini hanya Firdaus dan kakaknya yang tinggal. Kakaknya juga kini hidup membujang seorang diri kerana telah kehilangan suaminya. Patutlah kawan kita ni tinggal sorang-sorang.

Selepas makan, kami ditemani Firdaus ke Pantai Bersih kerana aku dah berjanji nak bawa anak-anak ke pantai. Di sana Firdaus melahirkan hasrat untuk membawa diri merantau ke Malaysia Timur (P.Labuan) sekiranya permohonan untuk menjadi pensyarah matrikulasi berjaya. Aku ucapkan selamat maju jaya untuk Firdaus. Sekiranya berjaya ke Labuan call aku. Janganlah menghilang dan menyepi terus.

Untuk Firdaus terima kasih kerana sudi melayan kerenah kami sekeluarga. Aku doakan kamu akan bertemu jodoh dengan wanita solehah yang mampu membahagiakan hidupmu. Jangan terus kecewa, contohilah abang Kabermu yang kini bahagia dengan pasangannya.

No comments:

Post a Comment