Pada 12 Julai 2009 yang lalu aku berkesempatan jalan-jalan bersantai di bandar Taiping. Nampaknya bandar bersejarah ini sudah semakin pesat membangun. Kalau nak merasa naik itik datanglah ke Taman Tasik Taiping. Bot juga ada disediakan. Harganya berpatutan cuma RM10 untuk 2 orang, boleh naik selama 30 minit. Teman tak mahu lepas peluang cuba juga.
Jangan lupa beli makanan ikan yang ada dijual di kaunter. Taburkan makanan ikan ke dalam tasik ketika berada di tengah tasik. Anda akan dapat saksikan berbagai-bagai jenis ikan yang timbul merebut makanan tersebut. Paling banyak ikan talipialah. Tenang dapat menyaksikan ikan ditengah-tengah tasik.
Kalau bernasib baik dapat juga menjamu mata melihat gelagat pasangan-pasangan remaja berasmara di dalam itik di tengah-tengah tasik. Yang tak tahannya melihat gelagat situa bermadu kasih.............., malu tengok dek ikan-ikan.
Sebelum balik singgahlah di Bazar Melayu. Belilah pakaian apa yang patut sebagai buah tangan. Di bazar ini semua peniaga Melayu. Siapa lagi nak tolong orang Melayu kalau bukan kita.

No comments:
Post a Comment