Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang
*Swasti Shri
*Shakawarsatita 605 ekadashi
*Shuklapaksa wulan Waishakha dapunta
*Hiyang naik disambau mengalap siddhayatra
*Di Saptami Shuklapaksa Wulan
*Jyestha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan (Tamvar?)
*mamawa jang bala dua laksa
*dangan…dua ratus
*tsyara disambau dangan jalan
*Saribu tlu ratus sapuloh
*dua banyaknya. Datang
*di Matajap (Mataya?)
*sukhatshitta.
*Di pantshami shuklapaksa Wulan
*….laghu mudik datang
*marwuat manua…..Syiriwijaya
*jayasiddhayatra subhiksa.
Tanda…….menunjukkan bahagian yang tidak boleh dibaca. Perkataan-perkataan yang dalam kurungan dan tanda tanya merupakan nama tempat yang sama. Batu bersurat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu moden seperti yang berikut;
*Selamat dan bahagia!
*Dalam syaka 605, pada sebelas
*hari bulan terang dari bulan
*Waisyakha Baginda naik kapal
*mencari untungnya
*Pada tujuh hari bulan terang dari bulan
*Jyestha Baginda berangkat
*dari muara Tamvan (Tamvar)
*membawa bala dua laksa dengan
*….dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
*tiga ratus dua belas banyaknya
*Datang di Matajap (Mataya)
*sukacita
*Pada lima hari bulan terang dari
*bulan….balayar mudi, datang
*membuat benua…Sriwijaya
*kota yang jaya, yang bahagia,dan yang makmur.
http://ib.edu.my/bm_net/bahasa/asalusul.htm.
———————————
Zaman Hindu
Kerajaan Hindu telah wujud di kepulauan Melayu sejak abad pertama tahun Masihi. Pengaruh yang dibawa bersama ialah agama Hindu dan bahasa Sanskrit iaitu bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan. Penggunaan bahasa ini dan penyebaran agama Hindu agak meluas.Sebenarnya bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang membawa barang dagangan dari Eropah, Asia Tengah dan pengembara-pengembara dari India dan Cina.
Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman.
Pada abad pertama barulah pedagang-pedagang India belayar ke Cina. Para pedagang Cina pula belayar ke barat menuju ke India. Selat Melaka telah menjadi laluan dan persinggahan dan menjadi pusat perdagangan antara India dan Cina. Pada masa yang sama para penyebar agama Hindu terutamanya dari India yang datang ke kepulauan Melayu telah menyebarkan agama Hindu.
Kedatangan para pedagang dan mubaligh Hindu menyebabkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Pada zaman ini bahasa Sanskrit telah menjadi asas pemodenan bahasa Melayu
Purba menjada bahasa Melayu Kuno. Mengikut Prof. Ismail Hussein (1966: 10-11), ‘melalui pengaruh bahasa Sanskrit bahasa Melayu mengalami evolusi yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak
rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa melayu mengalami perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea-idea baru yang tinggi.’
Zaman Kerajaan Sriwijaya
Kerajaan Sriwijaya didirikan pada pertengahan abad ke-7 dan berpusat di Palembang. Semasa kerajaan ini terdapat beberapa batu bersurat yang ditulis dalam bahsa Melayu kuno. yang paling penting ialah:
Batu bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683 M di Palembang. Tulisan menggunakan huruf Palava iaitu tulisan purba dari India Selatan. Batu bersurat Talang Tuwo di palembang pada tahun 684 M(606 Tahun Saka. Ia dijumpai oleh Residen Westtenenk, pada 17 November 1920 di Talang Tuwo, di sebelah barat daya bukit Siguntang, iaitu lebih kurang lapan kilometer dari Palembang.
Batu bersurat Kota kapur, di Pulau Bangka bertarikh 686 M ( 608 Tahun Saka) batu bersurat Karang Brahi di Meringin,daerah hulu Jambi tahun 686 M.
Pengaruh utama bahasa Sanskrit yang telah diterima masuk ke dalam bahasa Melayu ialah perbendaharaan kata dari aspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum dialami oleh penduduk kepulauan Melayu, yang meliputi bidang-bidang seperti: nama bahagian tubuh badan,
barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama, ilmu pengetahuan,dan pelbagai lagi. Antara contoh:
nama tubuh badan .bahu, kepala, muka dan rupa
barang perdagangan .neraca, laba, kedai dan kodi
alat perkakas .bajan, pili, jala, penjara, dan sutera
ilmu pengetahuan .guru,pujangga, bahasa, sastera dan bijaksana
nama binatang .gajah, singa, serigala, angsa dan kuda.
tumbuh-tumbuhan .biji, cempaka, cendana, delima dan kasturi
senjata .cemati, sauka (cambuk), dan sena (tentera).
agama .dosa, surga (syurga), neraka,agama dan puasa.
Barang dagangan
Dari Sumatera, hasil yang paling utama yang dibeli ialah rempah-ratus. Rempah merupakan keperluan yang penting bagi orang-orang Arab di Saba (kerajaan Saba berdiri antara 950SM-115 SM). Pelabuhan di Sumatera mendapat bekalan dari Pulau Maluku dan Aceh..
Penggunaan kapur barus untuk mengawet mayat yang disimpan di dalam piramid pada
zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari satu tempat bernama Barus yang terletak di Pulau Sumatera.
Batu Bersurat Talang Tuwo
Bahasa Melayu dalam batu bersurat ini seperti yang berikut:
*Svasti. cri cakavarsatita 606 dim dvitinya cuklapaksa
*vulan caitra
*sana tatkalana parlak Criksetra ini
*niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayahaca (-ga) ini
*pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini
*nyiur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna
*tathapi haur vuluh pattung ityevamadi
*punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vault
ku sucarita paravia prayojanakan punyana sarvasatva sacaracara.
*varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai
*tmu muah ya ahara dngan air nimunumna
*savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara
*marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang
upasargga
*pidana svapnavighna
*varang vuatana kathamapi
*anukula yang graha naksatra pravis diya
*Nirvyadhi ajara kavuatanana
*tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya
*yang mitrana tuvi janan ya kata yang vivian mulang anukela bharyya
muah ya
*varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu
*ya kalyanamitra
*marvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya
*jangan marsarak dngan dang hayang ratnaraya
*tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvangun viryya rajin tahu
di samicrana cilpakala paravis
*sahitacinta
*tmu ya prajna smrti medavi
*punarapi dhairyyamani mahasattava vajracarira
*anubamacakti
*jaya tathapi jatismara
*avikalendriya
*mancak rupa
*subjaga hasin halap
*ade yavakya vrahmasvara
*jadi laki
*svayambutu
*puna (ra) pi tmu ya cintamanidhana tmu janmavacita
*karmmavacita clecavacita avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi.
bahasa Melayu Kuno yang terdapat dalam batu bersurat yang membawa erti:
Bahasa Melayu kuno Bahasa Melayu Moden
vulan .bulan
tatkalana .tatkalanya
niparvuat .diperbuat
nitanam .ditanam
nyiur .nyiur
hanau .enau
rumviya .rumbia
dngan .dengan
nimakan .dimakan
vuahna .buahnya
tathapi .tetapi
haur .aur
vuluh .buluh
pattung .betung
tlaga .telaga
punyana .punyanya
tmu .temu,bertemu
margga .marga
sukha .suka
niminumna .diminumnya
savanakna .sebanyaknya,sebanyak-banyaknya
vuatna .buatnya
manghidupi .menghidupi
prakata .perkara
varang .barang
vuatana .buatannya
marvangun .membangun
Batu bersurat Talang Tuwo setelah disalin kembali ke dalam bahasa Melayu Moden adalah seperti di bawah, walau bagaimanapun perkataan-perkatan Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan masih dikekalkan:
Bahagia ! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini pesan Dapunta Hyang; Semua yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buah betung dan yang semacam itu. Demikian pula tanam-tanam lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makluk, yang
bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semua yang dibuat: ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, seksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan
curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun dodhichinta dengan maitri, menjadi pertapa pada dayang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keulten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakla dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperolehi pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikamvajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita,
karmmawacita, akhirnya beliau mendapat auttarabisamyaksambodhi.
No comments:
Post a Comment