Tuesday, July 7, 2009

Taman Paya Bakau Sri Manjung Tempat Bersantai Waktu Petang

SRI MANJUNG - 5 Julai 2009,
selepas balik dari menjenguk Along
di asrama kami sekeluarga terus ke
Sri Manjung dan singgah di Taman Paya Bakau di tepi Sg. Dinding.
Tempatnya memang menarik, apatah lagi dengan kemudahan
yang dibaik pulih oleh pihak berkuasa. Memang sesuai untuk mengambil angin dan bersantai di petang hari. Memang ramai keluarga yang datang bersantai di situ, terutama waktu petang.








Suasana di taman itu memang menarik dengan laluan pejalan kaki berbentuk jambatan yang dibina di celah-celah pokok-pokok bakau. Terdapat bangku-bangku yang disedikan di setiap perhentian uantuk pengunjung berhenti rehat. Sambil bersantai dapat melihat aksi monyet kejar-mengejar dan terjun ke dalam air di bawah pokok bakau. Kalau bernasib baik dapat tengok aksi 18sx, tanpa segan silu. Ini yang teman tak tahan ni. Janganlah buat maksiat di tempat awam macam kat taman ini malu tengok oleh anak-anak kecil.

Satu lagi sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata-rata, walaupun terdapat tong sampah yang disediakan. Buruk perangai lagi, teman tengok tutup tong sampah pun mereka buang ke bawah jambatan yang dibina. Perangai monyet-monyet yang ada di taman itu lebih elok daripada perangai manusia yang sedemikian.




Jambatan gantung yang dibina memberi pengalaman kepada pengunjung melalui jambatan tersebut kira-kirasepanjang 50 meter. Dari atas jambatan gantung ini kita dapat melihat pemandangan menarik hutan paya bakau di sekitar taman tersebut. Terdapat sebatang anak sungai yang mengalir di tengah-tengah hutam paya bakau tersebut.


No comments:

Post a Comment