Tuesday, July 14, 2009

Ciri ciri bahasa Melayu klasik


Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

  • Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
  • Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
  • Menggunakan bahasa istana
  • Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • Banyak menggunakan partikel pun dan lah
  • Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
  • Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
  • Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
  • Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

Batu Bersurat

Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

  • Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
  • Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
  • Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Zaman Kegemilangan

Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan kerajaan Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada Arab dan India. Ini menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu. Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:

Tokoh dan Hasil Karya

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah:

  • Hikayat raja-raja pasai
  • Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
  • Hikayat Amir Hamzah
  • Bustanus Salatin
  • Sulalatus Salatin
  • Sejarah Melayu
  • Hikayat Iskandar Zulkarnain
  • Hikayat Hang Tuah
  • Misa Melayu
  • Tajus Salatin

1 comment:

  1. Terima kasih perkongsian ilmu. Mohon copy utk dishare bersama rakan2 :) tq

    ReplyDelete